Dia ditahan susulan aduan yang dibuat jiran gara-gara bunyi bising dan bau najis haiwan. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita yang merupakan pengarah sebuah pertubuhan kebajikan haiwan ditahan polis pada Sabtu selepas disyaki mendera puluhan anjing dan kucing yang dipelihara di rumahnya.Wanita berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Rumi Marunouchi merupakan wakil pengarah Nana-chan’s House, sebuah pusat perlindungan haiwan yang menempatkan anjing dan kucing terbiar. Polis mendapati sebanyak 29 ekor anjing dan 10 ekor kucing dipercayai menjadi mangsa penderaan di kediamannya.Lebih mengejutkan, lebih 30 bangkai anjing dan kucing bersama najis haiwan didapati bertaburan di dalam rumah di Shinagawa, Jepun.Penduduk sekitar sebelum ini dilaporkan sering membuat aduan mengenai bunyi salakan berlebihan selain bau busuk najis dan air kencing yang datang dari rumah tersebut.Pihak berkuasa tempatan di Shinagawa juga difahamkan pernah mengeluarkan arahan pentadbiran kepada organisasi itu susulan keadaan kediaman yang tidak terkawal.Menurut polis, wanita terbabit memaklumkan bahawa dia sebelum ini berjaya mencarikan rumah baharu untuk kira-kira 400 haiwan.Bagaimanapun, dia mendakwa mula gagal menguruskan kebersihan serta penjagaan haiwan selepas anak lelakinya yang tinggal bersamanya berpindah keluar pada Disember tahun lalu.Wanita itu turut mengaku terlalu penat untuk terus membersihkan kawasan rumah dan menjaga haiwan-haiwan tersebut bersendirian. -Agensi