SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun berulang kali di sebuah kampung di daerah Sepahijala, Tripura, India.Suspek berusia 42 tahun itu ditahan pada Sabtu selepas satu laporan dibuat oleh saudara mangsa di balai polis tempatan. Menurut polis, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 06 Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) serta beberapa peruntukan lain di bawah Bharatiya Nyaya Sanhita (BNS).Siasatan awal mendapati mangsa memaklumkan kepada saudara terdekatnya pada 19 Mei lalu bahawa dia telah dirogol beberapa kali oleh bapa tirinya sendiri.Remaja itu juga mendakwa suspek mengugutnya supaya tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa.Berikutan pendedahan itu, ahli keluarga mangsa tampil membuat laporan polis pada 22 Mei sebelum suspek berjaya ditahan pada Sabtu. -Agensi