suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 14 tahun beranak dalam tandas hospital, cuba larikan diri sebelum rebah dengan kesan darah

Remaja perempuan 14 tahun cuba melarikan diri selepas bersalin di dalam tandas hospital. -Gambar hiasan AI

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan melahirkan bayi di dalam tandas sebuah hospital tanpa pengetahuan sesiapa dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Lebih mengejutkan dia juga cuba meninggalkan hospital berkenaan selepas membuang bayinya ke dalam mangkuk tandas.

Namun malangnya, bayi terbabit tersekat di dalam mangkuk tandas sehingga menimbulkan panik dalam kalangan pengunjung hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku di Giridih, Jharkhand, India.

Menurut saksi, remaja tersebut dilihat keluar dari tandas dalam keadaan cemas dengan kesan darah kelihatan di dalam dan luar tandas. 

Tambahnya, remaja terbabit bagaimanapun rebah di koridor hospital ketika cuba meninggalkan hospital.

Kakitangan hospital segera dimaklumkan mengenai kejadian tersebut sebelum laporan polis dibuat.

Bayi berkenaan berjaya diselamatkan sementara remaja tersebut ditempatkan di wad hospital berkenaan untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

Polis dalam kenyataan memaklumkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain