suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima tahun hidup sebumbung dengan mayat abang… Misteri rangka manusia berselimut terbongkar selepas ‘kantoi’ mencuri

Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki di Kochi City, Jepun ditahan pihak polis selepas didakwa tergamak menyimpan mayat abangnya yang kini sudah pun bertukar menjadi rangka di dalam rumah mereka selama kira-kira lima tahun.

Suspek berusia 60 tahun itu diberkas atas tuduhan mengabaikan dan meninggalkan mayat tanpa pengurusan sewajarnya selepas pihak berkuasa menemukan rangka manusia dalam keadaan mengerikan.

Berdasarkan laporan media tempatan, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Atsushi Kusunose mengaku mayat tersebut adalah milik abangnya, Masaaki, yang tinggal bersamanya sebelum meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu pada usia 58 tahun.

Bagaimanapun, suspek tidak menjelaskan punca kematian abangnya itu.

Kes berkenaan terbongkar pada 11 Mac lalu selepas Kusunose ditahan kerana disyaki mencuri makanan di sebuah kedai farmasi.

Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah suspek, polis menemukan satu rangka manusia yang diselimutkan dengan kain di dalam bilik milik abangnya.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kemudian mengesahkan rangka tersebut adalah milik Masaaki.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa serta motif suspek menyimpan mayat itu selama bertahun-tahun. -Agensi

Artikel Lain