suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tok guru ajar mengaji tuduh jin menyamar, curi identiti sebelum cabul 12 anak murid... Polis tak layan alasan mengarut!

Kanak-kanak akan mengalami trauma akibat serangan seksual. -Gambar hiasan

SEORANG guru agama yang mengajar al-Quran menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia melakukan serangan seksual terhadap 12 orang muridnya.

Apa yang mengejutkan, warga emas berusia 63 tahun itu sebaliknya cuba melepaskan diri dengan menyalahkan 'makhluk ghaib' dan mendakwa entiti mistik tersebut menyamar sebagai dirinya untuk melakukan perbuatan keji itu.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Kampung Tales, Jawa Timur di Indonesia.

Berdasarkan laporan media tempatan, Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak (PPA) Polis Kediri, Inspektor Pertama Eko Idya Sunarwan, pihaknya tidak memerlukan pengakuan bertulis daripada suspek untuk mengheretnya ke muka pengadilan.

"Tidak mengapa, kami tidak memaksa suspek untuk mengaku. Semua orang akan dipertanggungjawabkan di mahkamah," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian susulan tindakan suspek yang memberikan alasan tidak masuk akal ketika disoal siasat, dengan mendakwa wujudnya entiti mistik yang menyerupai wajahnya ketika pencabulan itu berlaku.

Susulan itu katanya, jumlah mangsa yang ramai dan konsisten dengan kenyataan mereka sudah cukup kuat untuk mendakwa suspek.

Terdahulu, perbuatan terkutuk suspek terbongkar apabila salah seorang mangsa yang masih bersekolah rendah menceritakan perkara sebenar kepada ibu bapanya.

Berdasarkan aduan, dia didakwa memikat kanak-kanak terlibat dengan memberikan wang ringgit sebelum memaksa mereka melakukan perbuatan tidak senonoh. -Agensi

Artikel Lain