suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita derita ulser di saluran esofagus sepanjang 8cm, jamah ‘hotpot’ menggelegak ketika ralit bersembang

Hotpot merupakan antara makanan paling popular dan digemari di China. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mengalami ulser serius pada saluran esofagus selepas menikmati 'hotpot' yang masih panas tanpa menunggu hidangan itu sejuk terlebih dahulu.

Wanita berusia 42 tahun dikenali sebagai Wang dari Hunan, China itu menikmati hidangan tersebut bersama rakan-rakan ketika cuaca sejuk.

Dia mengakui terlalu lapar dan leka berbual sehingga terus menelan makanan yang baru diangkat dari periuk panas tanpa meniupnya terlebih dahulu.

Sejurus menelan makanan panas itu, Wang mula berasa tidak selesa dan mengalami sesak dada.

Namun dia hanya minum segelas air berais kerana menyangka dia hanya tersedak.

Keadaan wanita itu bagaimanapun bertambah buruk pada keesokan hari apabila dia mengalami kesakitan teruk setiap kali menelan termasuk ketika minum air kosong.

Pemeriksaan di hospital mendapati Wang mengalami ulser di saluran esofagus sepanjang lapan sentimeter, hampir satu pertiga daripada panjang normal esofagus orang dewasa yang dianggarkan sekitar 25 hingga 30 sentimeter.

Doktor yang merawat Wang menjelaskan menelan makanan panas menyebabkan lapisan mukosa esofagus mudah melecur.

Beliau turut menegur tabiat sesetengah masyarakat yang gemar minum air sejuk ketika makan hotpot kerana percaya ia dapat mengurangkan rasa panas.

"Tindakan itu sebenarnya boleh merangsang dan merosakkan lapisan esofagus dengan lebih teruk," jelasnya.

Walaupun begitu, doktor memaklumkan ulser esofagus biasanya boleh pulih sepenuhnya jika menerima rawatan awal.

Namun, jika keadaan itu berulang terlalu kerap, ia berpotensi meningkatkan risiko kanser esofagus. -Agensi

 

Artikel Lain