SELEPAS tiga tahun berlarutan, kes melibatkan penjagaan anak antara pelakon Fatin Afeefa dan bekas suaminya, aktor Adam Shahz akhirnya selesai.Meluahkan rasa syukur, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, memaklumkan dia mendapat hak penjagaan penuh sebagai ibu kandung bagi anaknya iaitu Ivy Herra Sophia. "Alhamdulillah. Selepas tiga tahun, kes hadanah ini akhirnya selesai. Hak penjagaan penuh kekal diberikan kepada saya sebagai ibu kandung," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis.Fatin bersama dua peguam syarie yang mewakilinya. Fatin dilihat hadir ke mahkamah syariah bersama dua peguamnya ketika keputusan tersebut dibuat.Tambah pelakon itu lagi, fokus utamanya kini adalah untuk memberikan yang terbaik buat Ivy tanpa melibatkan sebarang isu berbangkit."Pada ketika ini, saya hanya mahu semua pihak bergerak ke hadapan dengan tenang dan fokus kepada perkara yang benar-benar penting iaitu kesejahteraan Ivy.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun turun naik mahkamah, Fatin Afeefa syukur nafkah anak dinaikkan ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa minta netizen jangan bertengkar, tuntut nafkah anak RM3,000 tapi lulus RM1,300 saja"Tiada lagi alasan, tiada lagi isu yang tidak perlu dipanjangkan."Suara Ivy juga penting dan dia berhak untuk didengari. Marilah kita sama-sama menjalankan tanggungjawab dengan baik untuknya," ujarnya.Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, namun bercerai empat tahun kemudian.Fatin mahukan yang terbaik buat Ivy. Ivy, 9, merupakan anak tunggal hasil perkahwinan tersebut.Fatin kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan Aliff Awang pada Disember 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!