suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah macam pengemis, Syida Melvin terpaksa tanggung hutang syarikat... Dikejar bank gara-gara tak bayar tunggakan rumah

Syida bersuara menuntut jalan penyelesaian terbaik.

ENGGAN terus berdiam diri, pelakon Syida Melvin tampil bersuara berhubung kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya bersama suami.

Berkongsi perkara tersebut, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, menyebut beberapa perkara termasuk isu hutang tertunggak melibatkan sebuah syarikat di bawah namanya.

"Tak sangka betul kena jadi pengemis dalam syarikat yang ada nama aku, yang aku letak duit modal untuk siapkan bisnes. 

Perkongsian Syida di Instagram. 

"Leburkan harta-harta hanya untuk nak ada modal buat bisnes sampai siap dan beroperasi sampai sekarang. Tak ambil gaji banyak bulanan, kalau ada pun sangat sedikit, tapi macam ini aku dapat.

"Suruh bayar hutang syarikat yang guna bawah nama aku tertunggak berbulan-bulan, tak bayar. Minta bayar buat transaksi dalam talian baik-baik, tak buat," katanya dalam hantaran di Instagram.

Dalam satu hantaran berbeza, Syida juga mendakwa dikejar pihak bank susulan tunggakan bayaran rumah yang turut menggunakan namanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin fail cerai terhadap suami 

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin reda terima takdir ketentuan... Netizen pula doa terus kuat, minta jangan cerai

Dia bagaimanapun memberitahu dirinya bersama anak-anak tidak tinggal di kediaman berkenaan dan menumpang di rumah adik-beradik lain.

"Duduk rumah kelamin. Rumah nama aku, dua bulan dia duduk tak bayar. Bank kejar aku hari-hari.

"Dia duduk rumah besar seorang diri, aku dan anak-anak tinggal merata rumah keluarga sebab dalam proses bercerai. Aku hanya bayar duit rumah itu sampai bulan yang aku dan anak sahaja duduk," luahnya.

Syida lebih terbuka berkongsi masaalah rumah tangga di media sosial. 

Dalam pada itu, Syida memberitahu luahan tersebut dibuat di media sosial kerana gagal mencapai kata sepakat menerusi perbincangan.

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Syida sebelum ini dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain