suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amad Dayyan utamakan pelajaran, pilih sekolah di Kuantan

Amad (kanan) kini bersekolah di Kuantan, Pahang.

PENYANYI Amad Dayyan mengambil keputusan untuk meneruskan sesi persekolahan di Kuantan, Pahang.

Perkara itu dimaklumkan oleh bapanya iaitu Saiful Anuar yang berkata keputusan tersebut dibuat dengan persetujuan bekas isterinya iaitu Siti Saerah Tarudin.

"Ya pilihan bersekolah di Kuantan adalah kehendak Amad sendiri. Alhamdulillah keputusan ini pun dapat persetujuan daripada ibunya. 

Saiful (dua dari kiri) mahu Amad memberi fokus terhadap pelajaran.

Saiful (dua dari kiri) mahu Amad memberi fokus terhadap pelajaran.

"Sekarang ini Amad akan berada dalam jagaan saya di Kuantan," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Saiful memberitahu buat masa ini dia mahu memberikan ruang kepada Amad untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baharu.

Meskipun bersekolah di luar Kuala Lumpur, Amad masih menerima tawaran persembahan selagi tidak bertembung dengan jadual persekolahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amad tidak dapat dihubungi, bapa bimbang tahap kesihatan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kandung bangga, sebak tengok pencapaian Amad Dayyan... Tak terasa hati baca komen netizen

"Buat masa sekarang biar perlahankan sikit job nyanyian dan fokus pada pelajaran dulu. Insya-Allah Amad tetap akan terima job kalau tidak menganggu waktu pembelajaran dan hari sekolah. 

"Sebelum ini memang ada tawaran persembahan untuk Amad tapi saya hold dulu sebab hari ini (Rabu) baru dia masuk sekolah baru. 

"Saya nak dia sesuaikan diri dulu baru fikir tentang hal lain (tawaran kerja). Biar aktiviti dia dipenuhi dengan belajar, sukan dan agama," ujarnya. 

Sementara itu, Saiful meminta peminat dan orang ramai dapat mendoakan perjalanan Amad dalam bidang pelajaran dan karier seni.

Sekarang ini Amad akan berada dalam jagaan saya di Kuantan. 

SAIFUL ANUAR

BAPA AMAD

"Doakan Amad agar terus berjaya dan beroleh keberkatan dalam pembelajaran serta kariernya," katanya. 

Sebelum ini, Saiful berkongsi momen menghantar Amad pada hari pertama persekolahan di Teluk Cempendak, Kuantan, Pahang. 

Rata-rata pengguna di media sosial mendoakan agar urusan Amad dipermudahkan dan terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain