USAHA dan penat lelah dilalui penyanyi muda Aqeesh Aleeya membuahkan hasil apabila dia berjaya menggenggam Diploma Komunikasi dan Pengajian Media (Masscomm) di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Shah Alam, Selangor pada Isnin lalu.Aqeesh atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Sharom, 22, berkata kepayahannya berulang alik dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur sepanjang hampir tiga tahun membuahkan hasil apabila dia berjaya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan. Katanya lagi, sepanjang tempoh itu juga dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja demi memberikan fokus terhadap pengajian.Aqeesh bangga dapat genggam segulung diploma.“Banyak tawaran kerja saya terpaksa tolak sebab mahu habiskan diploma terlebih dahulu.“Pernah juga saya pulang ke Rembau pada pukul 2 pagi selepas selesai bekerja di Kuala Lumpur,” katanya.Dalam pada itu, Aqeesh berkata dia memilih pengajian media kerana minat mendalam terhadap dunia penyiaran dan industri seni yang sudah diceburinya sejak kecil.ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia 10 tahun cuba nasib, Aqeesh akhirnya dapat peluang nyanyi lagu OST drama ‘Rindu Kasih’ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Berjauh-an rupanya inspirasi peribadi Aina Abdul, kisah percintaan jarak jauh... Ada sebab pilih Jepun rakam MV“Bila belajar Masscomm, saya dapat belajar tentang kerja di belakang tabir seperti editing dan penggunaan kamera.“Jadi bukan sekadar menyanyi di depan kamera sahaja, tetapi saya juga faham bagaimana sesebuah produksi dijalankan,” ujarnya.Graduan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau itu turut memberitahu ibu bapa serta pensyarah menjadi sumber kekuatan sepanjang tempoh pengajian itu.Berkongsi perancangan selepas tamat diploma, Aqeesh berkata dia mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang penyiaran pada masa akan datang.Aqeesh sentiasa tidak mudah patah semangat.“Prinsip hidup saya mudah, boleh give up tapi jangan lama.“Kita semua akan ada masa untuk rasa penat, tetapi bangkit semula dan teruskan usaha,” kongsinya.Sebelum ini, Aqeesh pernah terlibat dalam program MBuzz dan Gadis Nona selain membintangi beberapa drama televisyen.Dalam bidang nyanyian pula, dia tampil dengan lima single iaitu Aku Malu, Kau Ada duet bersama Momo, Retak, Lelah dan Kirimkan bersama Ahmad Syafiq.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!