SIKAP segelintir majikan yang gemar memarahi pekerja menggunakan kata-kata kesat bukan sahaja boleh menjejaskan emosi malah mematahkan semangat seseorang untuk terus bekerja.Situasi itu turut dialami seorang lelaki yang meluahkan rasa tertekan sehingga mula terfikir untuk meletakkan jawatan, meskipun baru tiga bulan bekerja di sebuah syarikat logistik. Menurut lelaki yang bertugas sebagai perancang pengangkutan itu, ketuanya sering memarahi pekerja apabila berlaku kesilapan, malah tidak segan menggunakan perkataan kesat ketika memberi teguran.Tekanan akibat dimarahi majikan secara kasar boleh memberi kesan buruk kepada pekerja. -Gambar hiasan AI"Aku rasa nak angkat kaki dari syarikat logistik ni sebab bos kuat maki. Kalau setakat marah tu aku tak kisah tapi kalau sampai cakap 'b***s**t', 'f**k o*f' dan b*d*h. Memang melampau."Aku ni memandu dari Port Klang ke Bukit Jalil. Sanggup memandu jauh sebab nak cari rezeki. Lepas tu rakan sekerja pula mengajar sambil marah. Tak ada tunjuk ajar pun," ujar lelaki itu menerusi perkongsian di Threads.Lebih membimbangkan, seorang kakitangan baharu yang belum sampai dua minggu bekerja turut mengadu mengalami tekanan kerana sering dimarahi ketika masih dalam proses mempelajari tugas.ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali semingguARTIKEL BERKAITAN: “Seminit pun takkan bagi percuma!” - Perangai majikan toksik ubah sikap pekerja, OT sukarela dibalas makian"Staf baru ni siap meluah dengan aku. Apa yang aku boleh cakap, aku minta dia bersabar dan bertahan walaupun aku sendiri 'koyak' juga apabila pagi-pagi dah kena bebel lepas tu dimaki."Kalau ada kerja kosong dekat kawasan Klang, Shah Alam atau Subang Jaya ni memang dah lama aku tinggalkan je syarikat ni. Kerja dekat Kuala Lumpur pun aku sanggup ," tulisnya lagi.Dalam pada itu, perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang turut berkongsi pengalaman berdepan persekitaran kerja toksik.Baru tiga bulan kerja, lelaki dakwa bos kuat maki.Senior enggan ajar, pekerja baharu pula tertekan.Sanggup memandu jauh, hari-hari kena bebel bos.Belum dua minggu kerja, staf baharu sudah rasa tertekan.Lelaki mengaku hilang semangat, terfikir mahu berhenti kerja.Ringkasan ini dijana oleh AIAda antara mereka mendakwa pernah berhadapan situasi hampir sama, membabitkan ketua toksik dan gemar meninggikan suara serta rakan sekerja yang enggan berkongsi ilmu dengan pekerja baharu.Malah, ada juga yang menasihatkan lelaki berkenaan supaya tidak terlalu memendam perasaan dan mula mencari peluang pekerjaan lain sekiranya keadaan tidak berubah."Saya masih baharu lagi bekerja dalam bidang transport planner ni. Tapi hari-hari rasa nak berhenti kerja sampai dalam tidur pun fikir pasal kerja. "Apabila saya tanya senior, kadang mereka marah dan layan tak layan je saya. Nak belajar pun susah kalau macam ni," jelas lelaki itu mengenai situasinya.