suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Seminit pun takkan bagi percuma!” - Perangai majikan toksik ubah sikap pekerja, OT sukarela dibalas makian

Sesetengah pekerja tidak akan bekerja lebih masa secara sukarela. -Gambar hiasan AI

RESAM dunia pekerjaan, bukannya semua pengorbanan masa dan tenaga akan dihargai apatah lagi apabila kebaikan yang dilakukan seolah-olah tidak dipandang oleh majikan.

Situasi sebegini sering membuatkan seseorang makan hati sehingga mengubah sikap, daripada pekerja 'ringan tulang' kepada individu yang mula berkira soal kerja.

Itulah pengalaman dikongsikan seorang individu yang mengakui mula menetapkan batasan dalam pekerjaan selepas berdepan pengalaman kurang menyenangkan di tempat kerja.

Pada mulanya, individu itu menceritakan dia pernah bertugas di sebuah jabatan yang cukup selesa sehingga sanggup meluangkan masa lebih lama di pejabat secara sukarela tanpa diminta.

"Dulu saya pernah bekerja di dua tempat dalam sektor kerajaan. Dekat tempat kerja pertama tu memang best. Walaupun waktu balik pukul 4.30 petang, tapi saya selalu balik lambat secara sukarela.

Bekerja lebih masa boleh memberi tekanan serta memenatkan tubuh dan minda. -Gambar hiasan AI

"Kadang-kadang tu pukul 6.45 petang baru saya balik. Esoknya pukul 7.30 pagi pula saya dah sampai pejabat," ceritanya mengimbas pengalaman di tempat kerja pertama.

Bagaimanapun, persekitaran bertukar 180 darjah apabila dia berpindah ke tempat kerja kedua.

Layanan yang diterima membuatkan dia mula berkira soal masa dan tenaga, terutamanya apabila merasakan segala pengorbanannya langsung tidak dihargai.

Pengalaman pahit itu mendewasakannya untuk lebih berhati-hati dalam memberikan komitmen, terutamanya apabila ia mula mengganggu masa peribadi.

"Apabila pergi ke tempat kerja yang kedua, dekat situ... MasyaAllah toksiknya. Disebabkan itu, waktu kerja tamat pukul 4.30 petang, sejak pukul 4.29 petang lagi saya dah ada depan mesin punch card.

"Tak ada istilah nak volunteer kerja lebih masa. Saya jadi macam tu sebab masa awal-awal pindah kerja di situ, saya tolong semua orang termasuk bos.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap kerja lebih masa sejak naik pangkat, lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Barista dipaksa ‘clock out’ tepat masa, tapi perlu sambung kerja mengemas kafe lagi sejam... Paling kejam MC kena tolak cuti!

"Bos minta tolong itu ini, semua saya buat. Tapi ada satu ketika tu saya disuruh tolong walaupun bukan kerja saya pun. Saya tetap tolong sampai balik kerja pukul 1.30 pagi.

"Punya la penat dan lapar masa tu. Tapi esoknya apabila saya datang kerja pukul 7.35 pagi dan terlewat lima minit, saya dipanggil menghadap bos dan kena marah. Pengorbanan saya tolong-tolong tu tak dihargai," luahnya penuh kecewa.

Sejak insiden itu, dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi mengorbankan masa peribadi demi tugasan luar tempoh bekerja dan memilih untuk terus pulang sebaik sahaja tamat waktu bertugas.

"Walau terlebih seminit pun, saya takkan bagi masa peribadi saya lagi. Tak ada istilah nak berbakti percuma. Dah tak ada istilah nak tolong. Kerja kau, kau buat. Tamat waktu kerja, saya balik.

  • Makan hati, lelaki serik jadi pekerja yang tidak berkira.
  • Terkilan selepas kena marah lewat 5 minit, terus berkira bab kerja.
  • Dulu ringan tulang, kini bekerja ikut waktu ditetapkan semata-mata.
  • Sanggup kerja sampai 1.30 pagi, pengorbanan tak dihargai.
  • Serik tolong bos, kini pilih buat kerja dengan berkira.

"Malas dah jadi baik. Bos sebenarnya tahu je pasal saya balik lewat malam tu, tapi dia tetap bising pasal saya lewat lima minit. Memang lepas kena marah tu, maaf la saya tak tolong apa-apa dah. Padan muka," katanya lagi.

Perkongsian jujur itu nyata memancing pelbagai pandangan warga maya, dengan ada yang menasihatkannya supaya memahami selok-belok undang-undang serta etika perkhidmatan awam jika berkhidmat dalam sektor kerajaan.

"Kerja sektor kerajaan tak sama macam swasta. Kita tak perlu nak terlalu setia, cukuplah sekadar ikut peraturan dan selaras dengan kadar gaji yang ditetapkan. Kalau betul nak buat kerja lebih secara sukarela, dipersilakan kalau suka.

"Tapi kalau dah tamat waktu kerja, sambung je buat esok. Kalau bos tak suka kita, nanti dia akan usahakan untuk pindahkan kita. Tapi kalau kita yang tak suka bos, kita sendiri yang mohon pindah," komen seorang netizen.

Artikel Lain