suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barista dipaksa ‘clock out’ tepat masa, tapi perlu sambung kerja mengemas kafe lagi sejam... Paling kejam MC kena tolak cuti!

Keletihan akibat bebanan tugas di tempat kerja boleh mengganggu emosi seseorang. -Gambar hiasan AI

TEKANAN di tempat kerja sehingga menjejaskan kesihatan mental menjadi antara cabaran besar dihadapi ramai pekerja, terutama apabila beban tugas yang digalas dirasakan tidak setimpal.

Begitulah luahan perit seorang barista yang mengakui dia kini mengalami tekanan atau burnout melampau di tempat kerja selepas beberapa bulan bekerja sepenuh masa dengan gaji RM1,700 sebulan.

Menurut pemuda itu, dia semakin tertekan apabila sering diarahkan menyiapkan kerja-kerja penutupan premis sehingga hampir pukul 1 pagi walaupun perniagaan sudah menamatkan operasi pada pukul 12 tengah malam.

"Kedai tutup pukul 12 tengah malam. Bos menekan-nekan suruh clock out tepat pukul 12 tengah malam juga. Tapi hakikatnya aku selesai closing hampir pukul 1 pagi. Kadang tu lebih daripada pukul 1 pagi.

Elakkan bekerja dalam suasana tertekan. -Gambar hiasan AI

"Ada masanya apabila dah tutup mesin kopi, bos suruh hidupkan semula sebab ada pelanggan nak order. Tapi masa tu dah pukul 12 tengah malam. Normal ke rasa burnout macam ni?

"Dulu aku minat jadi barista, sekarang dah tak lagi. Bangun pagi rasa kosong, tak semangat nak kerja. Tiada motivasi. Emosi pun cepat terganggu dengan sikap bos suka micromanage, suruh kerja lebih daripada skop," luahnya di Thread.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut mempersoalkan tindakan majikannya yang didakwa tidak memberikan cuti sakit (MC) bergaji, atas alasan dia masih berada dalam tempoh percubaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider bangga kerja 'main-main' pun raih lebih RM4,000 sebulan, anggap lebih untung daripada orang makan gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi 3 kerja part time paling ‘masyuk’, boleh berbelanja tanpa sentuh gaji... Elak masuk bahagian retail

"Bos cakap MC aku tak berbayar sebab masih dalam tempoh percubaan. Tak ada panel klinik pun. MC aku bagi tu legit daripada doktor. Kalau tak sakit, tak ada maknanya aku nak ambil MC.

"Kalau nak mohon cuti mesti dapat amaran jangan cuti hari minggu. Lepas tu majikan tak nak ambil staf lebih. Aku dah tak ada work-life balance ni macam mana," ujarnya lagi.

Buntu dengan situasi toksik yang dihadapi, dia akhirnya meminta pandangan orang ramai sama ada wajar meletakkan jawatan tanpa mempunyai pekerjaan baharu atau mencari kerja lain terlebih dahulu kerana sudah terlalu penat dengan situasi yang dihadapi.

  • Barista dakwa alami burnout akibat tekanan kerja dan beban tugas berlebihan.
  • Dia mendakwa terpaksa bekerja melepasi waktu operasi walaupun perlu 'clock out' tepat tengah malam.
  • Individu itu turut mendakwa MC ketika tempoh percubaan dianggap sebagai cuti tanpa gaji.
  • Kekurangan kakitangan dan sekatan mengambil cuti didakwa menjejaskan keseimbangan hidupnya.
  • Netizen menasihatinya mencari kerja baharu terlebih dahulu sebelum meletakkan jawatan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya supaya tidak terburu-buru berhenti kerja, sebaliknya mendapatkan pekerjaan baharu terlebih dahulu sebelum menyerahkan notis peletakan jawatan.

"Bagi saya, lebih baik timggalkan saja syarikat tu. Bagi notis sekurang-kurangnya sebulan jadi ada masa nak cari kerja baharu. Percaya la mesti ada syarikat lebih baik.

"Awak boleh minta cuti. Kalau boleh, ambil satu hari untuk cuti demi tenangkan fikiran sambil cari pekerjaan lain. Saya doakan dipermudah urusan awak untuk cari rezeki," komen beberapa netizen.

Artikel Lain