Ibu bapa perlu menjaga maruah anak dengan berpakaian lebih sopan ketika di sekolah. -Gambar hiasan AI
IBU bapa seharusnya lebih peka terhadap penampilan dan etika pemakaian, terutama apabila melangkah masuk ke kawasan sekolah yang menjadi tempat anak-anak menimba ilmu.Menyuarakan kegusaran itu, seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas menyaksikan sendiri gelagat beberapa ibu bapa khususnya golongan ibu ketika hadir ke sekolah agama dengan gaya pakaian yang disifatkannya kurang sesuai. Menurutnya, dia bukannya mengharapkan mereka memakai jubah, namun memadai sekadar memilih busana yang lebih sopan dan pandai menjaga batas.Pakaian ibu boleh menjadi bahan ejekan rakan-rakan anak di sekolah. -Gambar hiasan AI"Mak ayah yang hantar anak sekolah agama, tolonglah jaga etika pakaian. Bukan suruh berjubah atau berpurdah, tapi pakailah pakaian sopan."Memadai dengan baju longgar, tudung dipakai dengan elok dan tidak menampakkan bahagian yang tak sepatutnya," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pagi-pagi dah 'belanja' lekuk! Geng ibu disaran pakai sopan, jaga air muka anak di sekolah... Ramai kena ejek di kelasARTIKEL BERKAITAN: Berbaju kelawar, tak pakai bra... Rupanya ramai sakit mata, naik segan tengok pakaian ibu hantar anak ke sekolahTambahnya lagi, dia benar-benar terkejut apabila melihat segelintir ibu yang selamba hadir ke sesi perjumpaan rasmi di sekolah dengan imej yang dianggap tidak menghormati majlis."Minggu lepas ada perjumpaan ibu bapa di sekolah anak. Terkejut tengok ada yang datang dengan baju ketat melekat, tudung bersimpul siap tersembul anting-anting."Pakai seluar ketat sampai nampak seluar dalam. Rasa geram je nak libas. Sebenarnya tak rasa malu ke?," soalnya.Menurutnya, sebagai ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah agama, aspek penampilan juga perlu diberi perhatian kerana mereka menjadi contoh kepada anak-anak."Tak kisah sekolah apa pun, jagalah etika pakaian sebaiknya. Apabila sudah ada anak, kita berubah sedikit demi sedikit."Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. Ingatlah maruah anak-anak," katanya.Seorang wanita menegur segelintir ibu yang hadir ke sekolah agama dengan pakaian tidak sesuai.Katanya, ibu bapa tidak perlu berjubah, memadai berpakaian sopan dan menutup aurat.Dia mendakwa melihat pakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan ketika perjumpaan ibu bapa.Wanita itu mengingatkan ibu bapa supaya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.Netizen turut bersetuju etika pemakaian di kawasan sekolah perlu dijaga.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik reaksi warga maya yang turut bersetuju bahawa ibu bapa perlu menjaga penampilan kerana mereka menjadi contoh kepada anak-anak."Sebenarnya mak ayah macam tu nak apa ya hantar anak sekolah agama? Nak anak dapat didikan agama? Sebenarnya didikan terbaik adalah dari rumah."Pengawal keselamatan sekolah boleh halau je jenis tak reti adab dan etika pemakaian ni. Kesian anak tu mesti malu dengan kawan-kawan," komen netizen.