suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar universiti target lelaki kaya, dapat umur lebih 50 tahun lagi suka! - “Saya minat Datuk dan Tan Sri”

Segelintir wanita tidak kisah berkahwin dengan lelaki tua. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN wanita berpendidikan tinggi dan berkarier biasanya tidak 'berpaksikan' lelaki kerana mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Namun ada yang menyimpan cita-cita untuk berkahwin dengan lelaki kaya bagi menjamin kehidupan lebih selesa.

Menurut seorang penuntut sebuah universiti, dia tertarik dengan lelaki yang memiliki kewangan stabil walaupun mereka sudah lanjut usia.

Lelaki yang kaya dan berjawatan tinggi biasanya tetap kelihatan menarik walaupun semakin berusia. -Gambar hiasan AI

"Saya sudah lama pendam benda ini. Saya merupakan salah seorang pelajar dari sebuah universiti terkemuka dan belajar dalam bidang tidak kurang hebat.

"Jujur cakap, rupa paras saya memang macam model. Masalahnya, saya ada minta yang terlampau terhadap lelaki tua yang kaya. Saya minat Datuk dan Tan Sri.

"Saya minat yang berumur 50-an ke atas. Saya juga minat ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat-syarikat besar," luahnya.

  • Seorang pelajar tular selepas luah hasrat kahwini lelaki kaya.
  • Dia tidak kisah sekiranya bakal suaminya berusia 50 tahun ke atas.
  • Pelajar itu mendakwa dirinya penuntut di sebuah universiti terkemuka.
  • Ramai netizen minta wanita tidak mengharapkan kekayaan lelaki untuk bahagia.

Obsesi terhadap lelaki tua kaya itu turut membuatkan dia sukar tidur malam kerana leka mencari idea mendapatkan suami idaman.

Malah dia tanpa segan silu meminta pelayar di Threads berkongsi cara mendekati lelaki kaya dan mendoakan agar hajatnya itu tercapai.

Di ruangan komen pula, ramai yang meminta wanita itu agar berpijak di bumi nyata dan tidak terlalu berangan-angan mengejar lelaki kaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita simpanan lari balik kampung, ketakutan ‘sugar daddy’ minum darah haid ketika ‘bersama’... Katanya syarat bela saka!

ARTIKEL BERKAITAN: Syarat melampau cari bini, ahli perniagaan dilabel 'sugar daddy' tawar elaun RM10k, simpanan RM150k

"Dengarlah nasihat akak yang umur dekat 70 dah ni. Hidup berpaksikan harta dan glamor tak akan ke mana dik.

"Kenapa nak lelaki kaya? Kenapa awak sendiri tak jadi perempuan kaya? Berhati-hati, jangan sampai awak jadi 'permainan' lelaki kaya.

"Minat orang tua? Pergilah berkhidmat di rumah-rumah orang tua. Pasti banyak kebaikan yang awak boleh sumbangkan," tulis netizen secara sinis.

Artikel Lain