suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tong sendiri kosong tapi hantar sisa tulang ayam ke rumah orang... Wanita dedah perangai jiran pengecut, menyorok apabila beri salam!

Ada segelintir jiran suka membuang sisa makanan ke dalam tong sampah orang lain. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN berjiran memerlukan sikap saling menghormati serta menjaga kebersihan bersama demi mewujudkan suasana persekitaran yang harmoni.

Namun, realitinya tidak semua bertuah apabila seorang wanita terpaksa meluahkan rasa geram melihat tabiat buruk jirannya yang berulang kali membuang sampah ke dalam tong sampah miliknya tanpa kebenaran.

Menurut wanita itu, lebih mengecewakan jiran terbabit didakwa tergamak membuang sisa makanan begitu sahaja secara terus ke dalam tong sampah tanpa dimasukkan ke dalam plastik terlebih dahulu.

Hilang sabar menyebabkan ada pihak akan membuang semula sampah yang dibuang jiran. -Gambar hiasan AI

Hilang sabar menyebabkan ada pihak akan membuang semula sampah yang dibuang jiran. -Gambar hiasan AI

"Main jiwa betul dengan jiran yang tak ada common sense ni. Dua tiga kali boleh tahan lagi, tapi yang tak tahannya dia buang sampah tanpa plastik.

"Sebutir-sebutir nasi, tulang ayam dan tulang ikan semua ada dalam tong sampah besar kami. Suami pula yang kena cuci tong sampah hampir setiap hari," katanya.

Jelasnya, berdasarkan pemerhatian jiran berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu pada waktu malam.

"Tengah tidur boleh dengar bunyi tong sampah. Apabila intai, nampak dia baru lepas tutup tong sampah kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran mengadu tak tahan bau ayam goreng, peniaga kecil jual makanan bungkus dari rumah terduduk didenda RM2,000

ARTIKEL BERKAITAN: Menu ayam habis licin, nasi lemak masuk tong sampah! Guru sedih murid RMT ‘picky eater’, rayu mak ayah jangan tipu maklumat gaji

"Menjelang pagi, apabila pergi bagi salam di rumahnya beberapa kali, langsung tak keluar. Dalam kumpulan komuniti jiran pun dah tegur, tapi masih buat lagi," katanya.

Enggan masalah itu terus berlarutan, wanita tersebut mengambil inisiatif meletakkan papan tanda amaran pada tong sampahnya sebagai peringatan keras.

Memperincikan situasi itu, dia menjelaskan tong sampah berkenaan terpaksa diletakkan di luar kawasan berpagar kerana kawasan dalam rumah menjadi tempat anak-anaknya bermain dan dia bimbang mereka terdedah kepada sisa kotoran.

Apa yang dikesalkan, insiden 'pencerobohan' itu sudah berlaku hampir 10 kali walaupun tong sampah milik jiran berkenaan sebenarnya masih kosong dan tidak penuh.

  • Wanita geram jiran kerap buang sampah dalam tong miliknya.
  • Sisa makanan didakwa dibuang tanpa plastik hingga mengotorkan tong.
  • Teguran dibuat namun perbuatan itu masih berulang.
  • Wanita terpaksa letak papan tanda sebagai peringatan.
  • Netizen kongsi pengalaman berdepan jiran bermasalah.

"Dah hampir 10 kali jadi macam ni. Tong sampah dia pun bukan melimpah, tapi masih buang dalam tong sampah kami.

"Saya tahu siapa yang buat sebab rumah sebelah kanan dan depan kosong. Jiran sebelah kiri saja yang ada. Pernah juga saya nampak dia tutup tong sampah kami sebelum terus masuk ke rumah.

"Berani buang sampah dalam tong orang lain, tapi apabila saya pergi beri salam, tak berani pula keluar rumah," katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang turut berkongsi pengalaman berdepan sikap jiran yang tidak bertanggungjawab.

"Pernah kena tapi saya balas balik. Saya kunci jam pukul 3 pagi, lepas tu buang semua sampah dia betul-betul depan pagar rumah dia. Sekarang kami tak bertegur, sampah pun dia tak buang dalam tong saya.

"Saya terpaksa pasang CCTV. Sebelum tu jiran main longgok je sampah dia. Lepas pasang CCTV terus tiada orang buang," komen netizen.

Artikel Lain