PROGRAM Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diperkenalkan dengan satu misi iaitu bagi membantu murid daripada keluarga kurang berkemampuan mendapatkan nutrisi mencukupi agar mereka boleh fokus belajar tanpa perlu menahan lapar.Namun di sebalik niat suci itu, seorang guru lelaki bimbang kerana terdapat segelintir murid yang menerima bantuan tersebut dipercayai bukan daripada golongan sasar. Baginya, situasi yang berlaku menimbulkan persoalan mengenai kelayakan penerima.Segelintir ibu bapa sanggup memanipulasikan dokumen pengesahan pendapatan demi memperoleh bantuan sekolah. -Gambar hiasan AI“Cikgu bukan berkira tentang makanan, tapi kadang-kadang kami terfikir betul ke anak ini benar-benar memerlukan RMT?"Ia satu persoalan yang sering bermain di minda para guru apabila melihat realiti di depan mata," luahnya dengan nada terkilan.ARTIKEL BERKAITAN: Guru dah lali lihat ibu bapa kaya manipulasi dokumen demi dapat bantuan... Lepas tu sibuk mengeluh anak tak pandai, degilARTIKEL BERKAITAN: Diejek di sekolah sebab dapat bantuan RMT, cara si ibu 'psiko' pemikiran anak dipuji - "Kita bukan miskin"Apa yang lebih mengejutkan, guru ini berkongsi pengalaman melihat murid yang disenaraikan sebagai penerima RMT, namun mampu membawa wang saku sehingga RM10 sehari ke sekolah."Ada murid RMT bawa duit belanja RM10 sehari. Tapi kalau berdasarkan rekod, pendapatan keluarga dia cuma RM800 hingga RM900. Logik ke? "Adakah bantuan ini benar-benar sampai kepada mereka yang ikat perut?," soalnya. Dia menjelaskan ramai tidak mengetahui beban tugas guru dalam menguruskan RMT iaitu daripada menyemak kehadiran, mengurus dokumen, hinggalah memantau kebersihan serta memastikan tiada makanan terbuang begitu sahaja.Namun, komitmen tinggi guru-guru sering dibalas dengan sikap 'pilih bulu' murid terhadap menu yang disediakan."Realitinya apabila menu ayam, semua makanan habis licin siap minta tambah. Tapi apabila bihun sup atau nasi lemak, ada yang tak nak makan."Paling sedih, ada yang buang terus ke tong sampah tanpa rasa bersalah," katanya kecewa.Guru bimbang ada murid tidak layak menerima RMT.Makanan RMT didakwa sering dibuang murid kerana memilih menu.Ada murid RMT membawa wang saku RM10 sehari.Guru turut mengurus rekod dan pemantauan makanan setiap hari.Ibu bapa diminta jujur tentang pendapatan keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AITegasnya, sikap jujur ibu bapa ketika mengisi maklumat pendapatan adalah kunci utama agar tiada golongan yang dizalimi.Dalam masa sama dia juga merayu agar ibu bapa mendidik anak-anak supaya lebih menghargai rezeki yang diberikan."Tolonglah jujur semasa isi borang pendapatan. Selain didik anak hargai makanan dan jangan memilih.“Kalau anak tak makan, beri peluang kepada murid lain yang lebih memerlukan. Jangan sampai sifat tamak menyebabkan orang lain terpaksa berlapar,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian ibu bapa yang turut memberi pandangan berkaitan program makanan tersebut."Kebanyakan yang menerima RMT adalah pelajar yang ada masalah kedatangan sebab tu terdapat lebihan makanan."Ada ibu bapa sanggup ubah pendapatan supaya nampak tak mampu padahal lebih daripada mampu," komen netizen.