BERSYUKUR dengan apa yang dimiliki menjadi pegangan seorang ibu meskipun anak-anaknya perlu berdepan pandangan serong rakan sebaya di sekolah.
Berkongsi situasi dialami, ujar wanita ini, anak-anaknya sering mengadu diejek rakan sekelas kerana menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
"Aku bersyukur je anak dapat RMT kat sekolah tapi apabila anak-anak balik, mesti mereka mengadu diejek kawan-kawan.

Murid berpeluang menikmati hidangan berkhasiat menerusi bantuan makanan percuma di sekolah. -Gambar hiasan AI
"Ada yang cakap dapat RMT tu sebab miskin, kawan-kawan pandang rendah pada dia," luahnya di Thread.
Meskipun sayu mendengar rintihan tersebut, namun wanita ini memilih untuk mendidik anak-anaknya mengenai nilai kesyukuran dan adab menggunakan pendekatan psikologi.
"Aku pun cakap dekat anak-anak, biar miskin harta jangan miskin adab dan aku tanya mereka orang miskin tu macam mana.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pelajar rayu beras, tiada wang sebab berhenti kerja jaga ibu sakit... Guru lega bantuan ‘laju’ masuk lepas buat hebahan
ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu bagi wang, pemuda kampung buat tongkat beroda untuk murid OKU... Teringin serah sendiri tapi tiada bajet
"Mereka pun jawab yang orang miskin tak cukup makan, tiada tempat berteduh... kemudian aku tanya situasi yang mereka alami dan mereka cakap ada (makanan, rumah)," tambahnya.
Pada masa sama, dia turut menanamkan keyakinan dalam diri anak-anak bahawa kehidupan mereka tidak kurang berbanding orang lain.
Namun rezeki yang dijanjikan datang pada masa yang berbeza.
- Ibu luah anak sering diejek rakan sekolah kerana terima RMT.
- Ada rakan pandang rendah, anggap RMT untuk murid miskin.
- Ibu didik anak nilai syukur dan adab, bukan harta.
- Tegaskan selagi cukup makan dan ada tempat berteduh, bukan miskin.
- Netizen puji cara ibu bentuk emosi dan kefahaman anak.
"Kita bukan miskin, cuma hidup dengan apa yang kita ada dan perlu bersyukur.
"Apabila ada duit lebih, abah bawa jalan-jalan dan makan yang sedap-sedap, insyaAllah akan datang Allah naikkan darjat kita.
"Yang penting mama dan abah sentiasa ada dan sayangkan kamu semua," ujarnya berkongsi kata-kata nasihat yang dititipkan kepada anaknya.

Antara reaksi netizen.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai yang memuji pendekatan yang digunakan dalam mendidik anak-anak tentang nilai rendah diri, syukur dan ketabahan sejak usia kecil.
Tidak kurang juga yang tampil berkongsi kisah anak masing-masing ketika berada di sekolah.
"Anak aku dapat sijil 'rakan RMT', dia bantu cikgu bagi susu pada kawan-kawan RMT dan pastikan makanan tu diambil... kalau ada lebih cikgu bagi pada dia.
"Anak saya pun dapat RMT tapi bukan sebab tak berkemampuan, dia dapat sebab PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi)
"Anak saya usia tujuh tahun pernah tanya kenapa ada kawan-kawan dapat makanan percuma, jadi saya jelaskan sebab penting didik anak untuk faham situasi," demikian reaksi netizen.


