suria

Adik nak konvo minta taja penginapan famili, hadiah jambangan bunga... Kakak serba salah fikir bajet barang sekolah anak

Pelbagai perkara perlu diambil kira sebelum mengeluarkan wang untuk orang lain. -Gambar hiasan AI

MAJLIS konvokesyen akan menjadi lebih meriah dan bermakna buat graduan apabila mereka dapat meraikannya bersama keluarga tersayang.

Semestinya kegembiraan lebih dirasai apabila hadiah seperti jambangan bunga atau patung comel diberikan sebagai tanda ucapan tahniah.

Mengimpikan diri diraikan, seorang kakak berkongsi cerita tentang adik perempuan yang memintanya menaja kos penginapan dan pembelian bunga pada hari graduasi minggu hadapan.

Majlis konvokesyen diraikan sebagai menghargai perjalanan akademik seseorang. -Gambar hiasan AI

Majlis konvokesyen diadakan sebagai menghargai perjalanan akademik pelajar. -Gambar hiasan AI

Berkongsi situasi yang berlaku, kakaknya menyatakan permintaan tersebut sukar dipenuhi disebabkan sesi persekolahan baharu bakal bermula pada awal Januari.

"Adik aku minta sponsor bunga konvo dan kos penginapan untuk satu keluarga sebab dia nak konvo pada minggu depan.

"Kakak (pengadu) nak guna bajet untuk beli keperluan anak nak masuk sekolah... dilema betul ya," luahnya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan sanggup berhabis demi majlis konvokesyen, kos cecah ribuan ringgit! Tapi sedih terpaksa kerja luar bidang

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi momen bahagia di hari graduasi... Graduan disaran tak ajak BF bergambar dengan famili, risau menyesal tak sudah

Sebagai anak sulung, dia turut mengakui dirinya tersepit apabila perlu memilih antara memenuhi permintaan adik atau mengutamakan keperluan anak sendiri.

"Tiba-tiba rasa macam jadi sandwich," katanya, merujuk kepada tekanan yang dihadapi sebagai individu yang terhimpit antara tanggungjawab dua keluarga.

  • Adik minta kakak taja bunga konvo dan penginapan keluarga.
  • Kakak buntu kerana perlu sediakan bajet anak masuk sekolah.
  • Rasa tertekan sebagai anak sulung, ibarat ‘sandwich’.
  • Luahan di media sosial tarik perhatian netizen.
  • Netizen nasihat utamakan anak, konvo boleh diraikan sederhana.

Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memahami keadaannya serta menasihatkan agar dia mengutamakan keperluan anak berbanding perkara bersifat sampingan atau kehendak.

Tidak kurang juga yang berpendapat majlis konvokesyen boleh diraikan secara sederhana tanpa membebankan ahli keluarga lain.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

"Utamakan anak dahulu, kitaorang dahulu konvo tak menyusahkan adik beradik pun.

"Aku pernah macam ni, baki duit RM90 pun masih berkorban beli bunga sebab adik aku nak semua orang bagi dia.

"Cakap maaf dan ucapkan selamat datang ke dunia dewasa," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain