SETIAP kali tiba musim konvokesyen, bergambar bersama keluarga menjadi perkara wajib bagi para graduan kerana majlis itu menjadi salah satu kenangan berharga dalam kehidupan.
Namun, seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai 'kakak' menitipkan pesanan buat adik-adik yang sedang meraikan hari bersejarah mereka.
Kakak menasihatkan para graduan agar tidak memasukkan teman lelaki (BF) dalam gambar bersama keluarga semasa majlis konvokesyen.
Menamatkan pengajian dan meraih ijazah impian setiap pelajar universiti. -Gambar hiasan AI
"Nasihat kakak untuk adik-adik yang tengah konvo, jangan masukkan BF dalam gambar konvo bersama keluarga. Nanti menyesal.
"Hari ini mugkin dia BF tapi setahun, dua, tiga, empat tahun lagi mungkin dia cuma bekas BF korang," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita merungut bakal mentua halang hadir majlis konvokesyen tunang... Belum jadi menantu tapi asyik tak sebulu!
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keluarga mangsa kemalangan bas di Gerik sayu terima ijazah Anumerta - “Kami bangga dengan kamu dik”
Tambah wanita itu, ramai wanita yang menyesal apabila hubungan tidak kekal dan terpaksa 'membuang' wajah bekas kekasih daripada gambar penting tersebut.
“Dah jadi ex nanti jenuh nak toreh muka dia, terus hodoh gambar konvo. Dah la konvo sekali je seumur hidup.
"Fikir-fikirkanlah, kakak cuma nasihat sebagai orang lama,” katanya.
- Wanita nasihat graduan jangan masukkan teman lelaki dalam gambar konvo keluarga.
- Katanya, nanti menyesal bila hubungan tak kekal.
- Cadang ambil dua versi gambar — keluarga dan kekasih.
- Netizen kongsi pengalaman ‘toreh’ gambar bekas teman lelaki.
- Ada juga yang bersyukur pasangan konvo kini jadi suami.
Bagaimanapun, dia menyatakan tidak salah jika ada yang ingin mengambil dua versi gambar iaitu bersama keluarga dan satu lagi bersama kekasih, sekiranya benar-benar yakin dengan hubungan tersebut.
“Kalau berjodoh tak apa juga nak buat versi keluarga dan versi bersama kekasih. Tapi kalau tak berjodoh, nanti rasa macam makan modal dan menyesal,” katanya.
Reaksi warga maya.
Perkongsian itu disokong netizen yang masing-masing pernah berdepan situasi bekas teman lelaki bergambar bersama keluarga pada majlis konvokesyen.
"Saya la tu kak. Saya pernah toreh gambar konvo sebab ada bekas teman lelaki.
"Nak tunjuk kat anak-anak pun malu. Ini siapa ni mama? Oh ni, dah meninggal orang ni," katanya.
Namun, ada juga warga maya memaklumkan mereka tergolong dalam kumpulan yang bergambar dengan teman lelaki dan akhirnya kini bergelar suami.
"Alhamdulillah dah kahwin la tapi adik saya dia terpaksa kena sorok gambar konvo.
"Nasib la BF kita dulu dah jadi suami. Alhamdulillah baru 13 tahun, moga ke syurga bersama-sama," katanya.


