PENGARAH filem Kudrat 1968: High Council, Zulaika Zakaria menyifatkan pelbagai teori dan reaksi penonton terhadap karya arahannya sebagai petanda positif kerana ia berjaya mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat.Zulaika berkata, perbezaan pandangan serta teori yang dibincangkan penonton membuktikan karya berkenaan berjaya menarik perhatian dan mendapat respons daripada khalayak ramai. Bagaimanapun, dia mengakui bukan mudah untuk memenuhi jangkaan semua pihak, lebih-lebih lagi apabila penonton sudah mempunyai imaginasi dan jangkaan tersendiri terhadap jalan cerita."Bila orang ramai sudah mula ada teori sendiri, daripada situ siri ini sudah menerima engagement yang baik. Maksudnya, penonton sudah mencipta satu teori mengikut ekspektasi mereka. Zulaika terbuka menerima respons positif dan negatif di media sosial."Akan tetapi memang mustahil untuk kita puaskan hati semua orang, terutamanya mereka sudah mempunyai imaginasi masing-masing. "Jadi terpulanglah, inilah versi formula daripada pihak produksi dan Astro ambil risiko untuk bereksperimen," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Zulaika memberitahu dia terbuka menerima sebarang maklum balas daripada penonton termasuk kritikan yang diberikan terhadap filem berkenaan.Katanya, setiap pandangan yang disuarakan secara jujur tidak dianggap sebagai sesuatu yang menjatuhkan semangat, sebaliknya menjadi ruang untuk pihak produksi memperbaiki mutu karya pada masa akan datang.ARTIKEL BERKAITAN: Plot kurang ‘mengancam‘? Ramai hanya puji pelakon tapi ‘Kudrat 1968‘ sudah raih RM3 jutaARTIKEL BERKAITAN: ‘Kudrat 1968’ galak budaya buli? Ini jawapan pengarah - “Setiap watak jahat ada balasannya”"Saya terbuka untuk menerima maklum balas daripada penonton, tidak kiralah baik atau buruk. Sekiranya penonton menerima dengan baik, saya bersyukur. "Namun kalau sebaliknya pun, ia merupakan pandangan yang jujur, lebih-lebih lagi jika mereka benar-benar ikhlas menyuarakan pendapat."Sebagai orang industri, saya tak rasa komen itu menjatuhkan. Bagi saya, ia membantu kami untuk menjadi lebih baik di masa hadapan," ujarnya. Mengulas mengenai kebimbangan sekiranya komen negatif memberi kesan terhadap kutipan tiket, Zulaika tidak menafikan perkara itu turut menjadi kerisauan pihak produksi. Inilah versi formula daripada pihak produksi dan Astro ambil risiko untuk bereksperimen. ZULAIKHA ZAKARIAPENGARAHBagaimanapun, dia percaya pasukannya sudah melakukan yang terbaik dan menyerahkan kepada penonton untuk menentukan penerimaan terhadap filem itu."Sejujurnya sudah tentulah ada kerisauan sekiranya komen-komen negatif ini memberi kesan kepada kutipan tiket nanti. Tapi saya rasa kami sudah buat yang terbaik, penerimaan itu nanti terpulanglah kepada penonton. "Saya tak rasa kami (produksi) memaksa penonton sebab rasanya adil untuk orang yang sudah menonton episod satu hingga empat buat pilihan sama ada ingin menonton filem atau tidak. "Kalau tak tengok filem pun terpulang, tetapi mereka tidak tahulah tentang pengakhiran siri Kudrat ini," katanya. Mierul (kiri) dan Zarif merupakan teraju utama dalam Kudrat 1968: High Council.Terdahulu, filem Kudrat 1968: High Council menerima pelbagai reaksi penonton termasuk mereka yang hadir pada malam tayangan perdana.Antara kritikan yang diberikan adalah jalan cerita yang dianggap terlalu mudah dan tidak menepati jangkaan selepas empat episod awal ditayangkan dalam format drama menerusi saluran Astro.Bagaimanapun, filem itu turut menerima pujian khususnya terhadap lakonan barisan pelakon seperti Zarif Ghazzi yang membawa watak Abbas, Mierul Aiman (Kuda), Akmal Asyraf (Piji), Dai Fuad (Pa) dan Chech Harith (Mazli).Difahamkan, Kudrat 1968: High Council turut mencatatkan kutipan RM3 juta menerusi jualan tiket tempahan awal.