suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesihatan makin merosot, Mak Jah tanggung komplikasi pelbagai penyakit kronik

Mak Jah hidap beberapa penyakit kronik.

PELAKON veteran Maimunah Ahmad kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan mengalami komplikasi pelbagai penyakit kronik termasuk kegagalan buah pinggang tahap empat, masalah jantung serta paru-paru berair sejak seminggu lalu. 

Bagaimanapun Maimunah atau atau lebih mesra disapa Mak Jah, 78, menegaskan dia nekad untuk tidak menjalani rawatan dialisis jika fungsi buah pinggangnya merosot.

Menurut Mak Jah, keputusan itu dibuat atas faktor usia dan ketahanan fizikalnya yang semakin terhad.

“Jantung, paru-paru dan buah pinggang tahap empat. Paru-paru ada air dan jantung bengkak sedikit. Saya sendiri tak sedar ada masalah buah pinggang tahap empat sebab dulu sewaktu buat pemeriksaan baru masuk tahap dua dan doktor kata boleh kawal lagi.

Mak Jah turut diziarahi isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah (empat dari kanan).

“Tetapi sekiranya apa-apa berlaku tentang buah pinggang, saya tak nak dialisis. Saya sudah cakap dengan doktor dan mereka faham situasi ini ikut umur saya sekarang. Jadi mereka hanya pantau sajalah.

“Ini bukan kanser, saya sudah lepas tahap itu. Ini penyakit lain pula. Datang satu demi satu,” katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Sabtu. 

Berkongsi mengenai keadaannya sebelum dimasukkan ke hospital, Mak Jah berkata dia mengalami kesukaran bernafas yang teruk sehingga menggangu tidur selama lebih seminggu.

Aktres itu pada awalnya menyangka ia berpunca daripada jerebu yang melanda, sebelum membuat pemeriksaan darah yang mengesahkan tahap kesihatannya berada pada tahap membimbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Mak Jah berpuasa di sekolah pondok, rutin wajib sejak 1999… “Lepas solat sunat Aidilfitri barulah saya pulang”

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun tak berlakon, Mak Jah dibantu Rosyam Nor, Baitulmal RM500 sebulan

“Semenjak keluar dari Hospital Ampang beberapa bulan lepas, badan memang rasa tak sihat sampailah saya dapat sakit jantung ini. Di rumah saya sesak nafas berhari-hari.

“Lebih seminggu saya langsung tak boleh tidur, nak letak kepala pun tak boleh. Saya sapu minyak angin, bila lega sekejap lepas itu sesak balik. Masa itu jerebu teruk, jadi saya ingat tak dapat nafas sebab jerebu.

“Bila pergi klinik untuk ambil darah, doktor periksa dan terus kata keadaan saya tak boleh dibiarkan. Doktor suruh tunggu untuk ambulans ambil bawa terus ke kecemasan HKL,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mak Jah meluahkan rasa syukur apabila tahap pernafasannya kini beransur pulih dan sudah mampu berehat dengan lebih selesa.

Kesihatan Mak Jah kini semakin baik. 

“Alhamdulillah syukur pada Allah, sekarang tentang pernafasan pun bolehlah tidur, boleh baring pakai bantal dua. Cuma sekarang doktor masih tahan di wad untuk pantau buah pinggang.

“Ramai peminat dan kawan-kawan yang tak tahu fasal ini sebab saya cakap dengan anak-anak tak payahlah beritahu kawan-kawan, susah nanti mereka nak datang dan masing-masing ada banyak kerja.

“Tetapi alhamdulillah, terima kasih kepada yang datang melawat terutama isteri Timbalan Perdana Menteri dan wakil-wakil daripada Finas yang sudi meluangkan masa menjenguk saya,” ujarnya.

Artikel Lain