PELAKON veteran Mak Jah mengakui merindui dunia lakonan selepas hampir lima tahun tidak muncul di televisyen kerana faktor kesihatan.Menurut Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad, 78, dia tidak mahu menyusahkan pihak produksi memandangkan pergerakannya kini semakin terbatas. "Nak ke dapur untuk masak pun saya dah tak larat, harapkan anak-anak saja."Kalau nasi keras sikit saya mudah tercekik, jadi sekarang banyak makan bubur dan makanan yang lembut," katanya kepada mStar.Mak Jah terharu apabila dirinya masih diingati.Bercerita mengenai sumber pendapatan, Mak Jah berkata dia kini bergantung kepada bantuan bulanan daripada Baitulmal selain menerima sumbangan daripada beberapa rakan artis termasuklah Datuk Rosyam Nor."Adalah bantuan daripada Baitulmal, bulanan RM500. Datuk Rosyam Nor pun bagi RM500 setiap bulan."Mawi pula selalu bantu barang dapur. Anak-anak pun kalau saya teringin apa-apa mereka belikan. Duit yang ada itu saya guna beli vitamin," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Digantung tak bertali hampir 15 tahun, Mak Jah dedah kena kahwin paksa oleh keluarga… “Suami saya pukul sampai pengsan”ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Mak Jah berpuasa di sekolah pondok, rutin wajib sejak 1999… “Lepas solat sunat Aidilfitri barulah saya pulang”Berkongsi keadaan kesihatannya, dramatis ini mengakui keadaan semakin baik selepas menjalani rawatan selama 12 hari di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat beberapa masalah kesihatan.Mak Jah berkata dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk, sesak nafas, gastrik dan muntah, selain doktor mengesan jangkitan kuman pada paru-parunya."Alhamdulillah, bahagian paru-paru dah okey, pernafasan pun dah okey. Batuk dan lelah pun dah tak ada," katanya. Mak Jah sudah tidak mampu bergerak seperti biasa.Bagaimanapun, selepas dibenarkan pulang kira-kira seminggu lalu, keadaan fizikalnya masih lemah selain mengalami bengkak pada kaki sehingga menyukarkannya berjalan."Dah seminggu balik rumah, tapi badan masih lemah lagi. Berjalan pun tak berapa kuat sebab kaki bengkak pula."Beberapa hari ini pun terasa letih, mungkin sebab ubat," ujarnya.Mak Jah turut memaklumkan dia menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, selain sedang menjalani pemantauan doktor berhubung keadaan buah pinggangnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!