suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sabronzo jawab ringkas spekulasi tatu tanduk kambing di belakang badan

Foto terbaharu Sabronzo kini menjadi bualan ramai di media sosial.

PENYANYI Sabronzo memilih untuk tidak mengulas mengenai foto memaparkan tatu pada bahagian belakang badannya yang menjadi bualan ramai di media sosial pada Selasa.

Ketika dihubungi mStar, anggota kumpulan Dolla itu hanya memberikan jawapan ringkas.

"No comment," jawabnya. 

Sabronzo enggan mengulas lanjut berkenaan isu mencacah tatu.

Sebelum ini, perkongsian Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, 31, di Instagram mengundang pelbagai reaksi apabila memuat naik beberapa keping foto dirinya dalam posisi berbeza.

Bagaimanapun, perhatian netizen lebih terarah kepada sekeping gambar dirakam dari arah belakang didakwa memperlihatkan tatu bercorak seakan-akan tanduk kambing pada bahagian belakang badannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sabronzo bimbing suami tentang agama, hidup kini lebih bahagia... Kerjaya bersama Dolla tetap berjalan seperti biasa

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada sebab Sabronzo pilih majlis resepsi di Bali, kongsi masakan istimewa buat suami lepas kahwin

Dalam hantaran tersebut, Sabronzo tidak menyertakan kapsyen panjang, sebaliknya hanya meletakkan emoji kambing.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat, termasuk persoalan sama ada tatu berkenaan bersifat kekal atau sekadar tatu sementara.

Malah, ada juga yang beranggapan perkongsian itu mungkin sebahagian daripada gimik promosi menjelang pelancaran lagu baharu Dolla.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain