suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lorenzo Irmann pernah fasa ’bucin’, batal hasrat kahwin lepas fikir panjang

Lorenzo mahu fokus kepada kerjaya lakonan.

PELAKON Lorenzo Irmann mengakui dirinya pernah melalui fasa hampir mendirikan rumah tangga beberapa tahun yang lalu.

Namun, jelasnya hasrat tersebut tidak kesampaian selepas hubungan yang dibina terputus di tengah jalan.

Lorenzo, 22, berkata, kegagalan perancangan perkahwinan tersebut bagaimanapun membuatkan dia kini lebih matang dan memilih untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni.

Lorenzo hampir berkahwin beberapa tahun lalu.

“Pernahlah (merancang untuk berkahwin). Perancangan itu penting kan. Saya dah pernah gagal dalam membina sebuah rumah tangga. Bukan rumah tangga lagi, tapi perancangan ke arah itu.

“Tapi bila tidak jadi, saya buat keputusan untuk fokus pada kerja sahaja sekarang,” katanya kepada mStar.

Lorenzo berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Viu Original Cinta Dalam Sekam yang bertempat di Odeon Kuala Lumpur, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat cari rezeki halal, Lorenzo Irmann tolak godaan di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah kacuk susah masuk ‘market’ Melayu, Lorenzo Irmann sanggup ubah penampilan

Mengulas lanjut mengenai kisah lalu, Lorenzo beranggapan dia mungkin terlalu mengutamakan emosi sehingga meletakkan hubungan cinta sebagai prioriti utama.

Bagaimanapun, setelah memikirkan soal masa depan dan komitmen kerja yang padat, Lorenzo sedar bahawa masanya untuk bergelar seorang suami belum tiba.

“Bagi saya, masa itu mungkin saya terlalu 'bucin' (budak cinta - meletakkan cinta nombor satu). Tetapi apabila fikir balik fasal masa depan saya, saya rasa macam terlalu awal dan lebih baik fokus pada kerjaya.

Saya dah pernah gagal dalam membina sebuah rumah tangga.

LORENZO IRMANN

PELAKON

“Nama saya pun baru sahaja nak menapak dalam industri. Masa pun tidak ada. Saya pula baru habis belajar dan terus sambung kerja, takkan nak terus berkahwin kan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lorenzo menepis tanggapan dan menjelaskan bahawa perpisahan tersebut bukanlah berakhir disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.

Sebaliknya, keputusan untuk membawa haluan masing-masing dibuat hasil daripada persetujuan kedua-dua belah pihak demi masa depan kerjaya mereka.

Lorenzo belum bersedia mendirikan rumah tangga.

“Tidak ada sesiapa tinggalkan sesiapa. Ia atas keputusan yang kedua-dua pihak setuju untuk fokus kepada kerjaya masing-masing.

“Mungkin sebenarnya itu (kerjaya sebagai pelakon) faktor utama juga. Tetapi saya rasa kalau kita pandai urus, tidak ada halangan pun.

"Ramai sahaja artis yang berkahwin dengan orang biasa dan pasangan mereka boleh faham serta berikan kerjasama yang baik,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain