suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan setiap benda kena minta izin“ - Zaki Yamani respons dakwaan dikongkong ibu

Zaki (kiri) tidak pernah berasa dikongkong oleh ibu.

PENYANYI Zaki Yamani tampil menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduh ibunya iaitu Fatimatuzahra Samat terlalu mengongkong kehidupan peribadi dan kerjayanya. 

Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata, dia sama sekali tidak berasa dikongkong sebaliknya memerlukan bimbingan seorang ibu memandangkan masih baharu dalam industri. 

“Eh tidak bolehlah kata macam itu. Saya memang perlukan ibu saya. Buat masa sekarang, saya pun masih lagi baru nak menjinakkan diri dalam industri dan baru nak rasa semua benda ini. 

"Jadi saya perlukan seseorang untuk membimbing apa yang saya buat. Ibu banyak membantu saya dari segi menguruskan persembahan.

Zaki memerlukan bimbingan ibu untuk terus aktif dalam bidang seni.

"Dia adalah pengurus saya. Tanpa dia, saya rasa saya tidak akan menyanyi di pentas yang besar dan sebagainya,” katanya kepada mStar

Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Hotlink Geng Bijak Berbelanja di Media Prima, Bangsar pada Khamis. 

Ditanya sama ada dia perlu meminta kebenaran ibunya untuk setiap perkara, Zaki menjelaskan dia hanya akan merujuk kepada ibunya jika berdepan dengan perkara baharu yang tidak pernah dilalui.

“Eh bukan. Bukanlah setiap benda kena minta izin. Tetapi ada perkara yang saya tidak pernah buat sebelum ini contohnya seperti yang sedang dihebahkan sekarang iaitu isu saya bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani beri amaran hantar surat saman

ARTIKEL BERKAITAN: Hirono minta maaf selepas Zaki Yamani beri ‘warning’

“Untuk perkara seperti itu, saya akan tanya ibu apa yang perlu dilakukan sebab saya tidak pernah berkawan rapat dengan perempuan sebelum ini. Saya perlukan seseorang untuk beri nasihat supaya tingkah laku saya tidak terlebih di atas pentas atau di media sosial, supaya tidak nampak pelik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zaki turut meluahkan rasa terkilan apabila dakwaan tersebut terpalit terhadap ibunya. 

“Saya sangat terkilan sebab benda itu mencalarkan nama baik ibu saya. Ibu sudah banyak membantu saya dan sekarang ini tanpa dia dan doa-doanya, saya tidak akan berada di sini. Takkan tercipta nama Zaki Yamani.

“Saya perlukan nasihat dia sebab dalam fasa umur 20-an ini kita biasanya suka memberontak. Jadi saya memerlukan sosok seorang ibu untuk menjaga saya,” jelasnya. 

Zaki (kanan) terkilan dakwaan dikongkong ibu.

Sementara itu, mengulas mengenai pengurusan tawaran seni, Zaki memaklumkan segala keputusan jadual persembahan diserahkan sepenuhnya kepada ibunya.

“Ibu yang akan tetapkan setiap persembahan. Dia hanya akan beritahu saya yang saya ada tawaran dengan pihak sekian-sekian. 

"Tugas saya pula adalah untuk mempersiapkan diri agar sentiasa berada dalam keadaan sedia," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Zaki merupakan salah seorang selebriti yang terlibat dengan siri Travelog: Hotlink Geng Bijak Berbajet yang mula bersiaran pada 29 Julai depan di TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain