PERSONALITI media sosial yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai mendedahkan dia sering melakukan pekerjaan e-hailing sebagai penghantar barang apabila berasa bosan dengan tugasan harian di pejabat.Menurut Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 28, aktiviti tersebut dilakukan secara santai demi mengisi masa lapang di samping mencari peluang untuk berinteraksi dengan orang ramai. “Terma freelance itu saya rasa ramai yang kurang faham menyebabkan mereka sering bertanya saya kerja apa. Kejap-kejap beli itu, beli ini. Macam semalam, saya ada buat Grab.“Kalau bosan, memang saya akan buat Grab. Lagipun saya baru beli motosikal baharu, tapi nak pergi menunggang jauh tak boleh. Jadi saya cakaplah nak buat Grab.Ubai anggap tak perlu ubah cara hidup semata-mata untuk jaga standard bergelar suami artis.“Kadang-kadang kerja sendiri ini kita menghadap komputer riba, buat jalan cerita sampai rasa bosan. Jadi esoknya saya ambil cuti, saya pergi buat e-hailing sebab nak jumpa dan dapat borak dengan orang,” katanya kepada mStar. Ubai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama di The Coffee Bean & Tea Leaf, Sierra Fresco, Puchong pada petang Rabu.Ditanya sama ada Shila bersetuju dengan perkara tersebut, Ubai menzahirkan rasa syukur apabila isterinya itu bersikap sangat terbuka.Bagi Ubai, dia tidak perlu mengubah cara hidup demi menjaga status semata-mata memandangkan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat China pakai tudung datang konsert Shila Amzah, Ubai terfikir nak mula bisnes hijabARTIKEL BERKAITAN: Ubai kena scam beli alat ganti kereta, penjual lesap lepas terima deposit RM50“Shila cakap asalkan saya gembira, dia pun gembira. Mungkin dalam stigma masyarakat, kalau bergelar artis atau orang yang ada nama di media sosial mahupun televisyen ini kena sentiasa jaga standard.“Macam saya, saya dibesarkan dalam keluarga yang normal dan sederhana. Asalkan benda itu halal, tidak buat salah dan tidak kacau orang, saya okey sahaja,” jelasnya.Dalam pada itu, Ubai turut mengambil kesempatan untuk menepis dakwaan netizen yang menuduh dirinya hanya menumpang populariti isteri disebabkan bekerja di belakang tabir.Shila (kanan) terbuka menerima pekerjaan sampingan suaminya.Menjelaskan mengenai status pekerjaannya, Ubai memaklumkan dia sudah lama membina kerjaya dalam sektor produksi digital sebelum mendirikan rumah tangga lagi.“Sebenarnya isu ini sudah timbul sejak sebelum kami berkahwin lagi. Orang tanya Ubai ini tumpang ke? Kerja apa sebenarnya? Macam orang yang dah tahu, mereka tahulah.“Saya bermula daripada pekerjaan dalam bidang digital. Selepas tiga empat tahun bekerja, saya buat keputusan untuk buka syarikat sendiri.“Sekarang saya sudah ada pasukan produksi sendiri untuk menguruskan projek digital terutamanya menerbitkan kempen-kempen daripada pelbagai jenama,” jelasnya. Untuk rekod, Ubai dan Shila mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Rhea Akira, 2 tahun. Shila juga memiliki seorang lagi anak iaitu Seth Uqais, 7, hasil perkahwinan terdahulu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!