PELAKON Ainee Mustafa mendedahkan pengalaman menonton filem Wira membuka matanya untuk bergelar pelakon aksi wanita di Malaysia.Ainee atau Nur Aini Hayati Mustafa, 29, berkata sebelum ini dia tidak mengetahui kewujudan karier pelakon aksi wanita tempatan kerana lebih banyak didedahkan dengan filem aksi yang dibintangi pelakon lelaki. “Saya tak pernah tahu pun tentang kewujudan pelakon aksi wanita sampailah menonton filem Wira lakonan Fify Azmi. Ainee terbuka hati untuk menjadi pelakon aksi selepas menonton filem Wira.“Rupanya ada babak wanita berlawan, sebelum ini saya banyak menonton filem Jackie Chan tapi lelaki. Kalau (Tan Sri) Michelle Yeoh pula semuanya filem luar negara. “Pada mulanya saya terfikir ada ke pelakon lagak aksi wanita di Malaysia. Jadi filem Wira membuka minda saya tentang peluang ini,” katanya kepada mStar. Berkongsi mengenai bidang yang diceburi itu, Ainee berkata jumlah pelakon aksi wanita di negara ini masih kecil sehingga ada produksi terpaksa menggunakan pelakon lelaki untuk menggantikan watak wanita dalam babak tertentu.ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana terjatuh semasa lakon babak aksi, tunjuk bukti tangan ‘patah’... “Saya kalau sakit memang tak beritahu sesiapa”ARTIKEL BERKAITAN: Cedera buat babak aksi sendiri, Azwan Kombos kecewa ‘stuntman’ lepas tangan tak mahu bertanggungjawab“Bila dah masuk dalam industri nak kata ramai sangat dalam kalangan wanita pun tak juga kerana setakat yang saya tahu, ada dalam lima orang. “Kadang-kadang bila babak yang memerlukan aksi lincah produksi menggunakan pelakon lelaki dan pakai rambut palsu. “Tapi memang nampak beza daripada bentuk badan kerana tak nampak seperti wanita,” ujarnya.Mengulas mengenai cabaran sebagai pelakon aksi, Ainee mengakui risiko kecederaan yang ada, namun bersyukur sepanjang pembabitannya dia belum pernah mengalami kecederaan serius.Ainee sedar akan risiko yang perlu dihadapi sebagai pelakon aksi.“Saya tak nafikan risiko untuk mengalami kecederaan agak tinggi kerana berlakon lagak ngeri kan. “Alhamdulillah setakat ini saya melakonkan babak berlawan dan paling teruk pun jatuh tangga saja. “Nak kata kecederaan teruk memang tak ada. Setakat lebam dan bengkak pada bahagian badan itu biasalah,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!