suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shila Amzah sekeluarga pindah China tahun depan

Shila bakal berpindah ke China pada 2027.

PENYANYI Shila Amzah mendedahkan dia mempunyai perancangan besar untuk berhijrah dan menetap di China bersama keluarga kecilnya pada penghujung tahun depan.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 37, berkata keputusan itu dibuat susulan dia bakal menandatangani satu kontrak jangka panjang di negara tersebut tidak lama lagi.

“Ya, memang itu adalah sasaran kami. Malah ketika ini, saya bakal menandatangani satu lagi kontrak baharu. Saya tidak boleh dedahkan berapa lama atau untuk projek apa, tetapi kontrak itu agak lama.

“Jadi kami ada sasaran itu sebab kalau mahu pergi dan balik (dari Malaysia ke China) sebenarnya sangat penat. Tapi mungkin perancangan berhijrah ini bukanlah dalam masa terdekat,” katanya kepada mStar.

Shila ada komitmen kerja di China tidak lama lagi. 

Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama di The Coffee Bean & Tea Leaf, Sierra Fresco, Puchong pada petang Rabu.

Mengulas mengenai persiapan ke arah tersebut, Shila memberitahu proses kerja sudah pun bermula termasuklah pembikinan album Mandarin terbaharunya.

“Kami jangka mungkin pada penghujung tahun depan (akan berpindah), tetapi progres kerja itu sudah pun bermula dari sekarang.

“Sekarang ini, setiap kali saya perlu pergi ke China dalam tiga atau empat hari, saya terpaksa tinggalkan anak-anak. Bila balik, dapat luangkan masa dua tiga hari sahaja dengan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah mahu menari lincah di pentas konsert jubli perak

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah iktiraf bapa tiri figura datuk terbaik buat anak-anaknya

"Namun nasib baik emak dan bapa tiri saya tinggal dekat, hanya 10 minit sahaja dari rumah. Jadi emaklah yang banyak bantu tengok-tengokkan anak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shila menepis tanggapan kononnya keputusan untuk berhijrah itu disebabkan dia sudah bosan dengan industri tempatan atau merasakan bakatnya lebih dihargai di China.

Jelas Shila, dia memilih untuk kembali ke pasaran China demi kelangsungan kerjaya selain pernah menetap di sana selama lapan tahun sebelum ini.

“Saya tidak terfikir ke arah itu (soal tidak dihargai). Saya pernah duduk di China dari tahun 2012 sampai perkahwinan pertama, dalam lapan tahun juga.

Shila bakal berhijrah bersama keluarga kecilnya. 

"Kemudian saya pulang ke sini dan kita berdepan fasa pandemik Covid-19, jadi saya rasa rezeki di sana tiada pada waktu itu. Bila sekarang peluang itu datang semula, bagi saya di mana ada rezeki, di situlah saya akan tuju.

"Ia tidak bermakna saya melupakan peminat di Malaysia. Saya tetap akan cari keseimbangan, tetap akan buat album Melayu dan konsert di sini. Kalau boleh belah badan ini, dah lama saya potong,” jelasnya.

Ditanya mengenai penerimaan suaminya, Ubai berhubung keputusan besar itu, Shila meluahkan rasa syukur kerana suaminya seorang yang sangat memahami dan memberikan kebebasan penuh buat dirinya.

“Suami saya seorang yang sangat memberikan kebebasan. Dia okey sahaja mana-mana saya pergi sebab kerja dia pun sangat fleksibel.

"Jadi di mana saya ada, dia okey sahaja ikut,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain