PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tidak pernah menganggap artis yang mendekatinya untuk meminta bantuan sebagai individu yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 46, berkata setiap usaha membantu warga industri seni merupakan sebahagian daripada amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang pemimpin. “Ada, tetapi bukan semuanya. Segelintir sahaja. Kadang-kadang kita faham mereka meminta kerana keadaan hidup yang terdesak,” katanya kepada mStar.Zed hulurkan bantuan secara adil.Katanya, dia tidak akan memikul tanggungjawab berkenaan jika rasa terbeban dengan permintaan mereka yang memerlukan.Malah, bagi Zed membantu golongan yang memerlukan sudah menjadi sebahagian daripada jiwanya dan bukan sesuatu yang dilakukan kerana kepentingan tertentu.“Kalau saya rimas, saya tak jadi Presiden Seniman. Membantu orang ini dah memang sebati dengan saya. Bagi saya itu bukan menempel, tetapi kalau mereka perlukan bantuan saya akan cuba bantu,” kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi tak malu buat rawatan wajahARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi kenal pelakon popular ditahan polis kes dadah, tak terkejut ditangkap lagiTambahnya, sifat prihatin tersebut bukan hanya diberikan kepada rakan-rakan dalam industri seni, malah dia turut berusaha membantu orang awam yang memerlukan pertolongan.“Kalau ada orang luar minta sumbangan, beli barang atau apa sahaja, walaupun masa saya sedang makan, saya akan cuba bantu. Jiwa kita memang jiwa kebajikan,” jelasnya.Zed bersama isterinya Natalia (kanan).Dalam pada itu, Zed mengakui ada kalanya dia menggunakan wang sendiri untuk membantu rakan-rakan artis yang berdepan masalah kewangan dan kesukaran hidup.Jelasnya, sebagai seorang pemimpin, dia perlu bersedia berdepan pelbagai cabaran termasuk ketika persatuan berada dalam keadaan kurang baik.“Persatuan ini ada masa okey, ada masa tidak okey. Bila tidak okey, selalunya presidenlah yang akan keluar,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!