suria

Zed Zaidi kenal pelakon popular ditahan polis kes dadah, tak terkejut ditangkap lagi

Zed akui kenal siapakah pelakon yang ditahan polis akibat kes dadah.

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengakui mengenali aktor popular yang ditahan polis kerana kes dadah pada Rabu lalu.

 Zed atau Rozaidi Jamil, 46, berkata penahanan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan isu itu sudah berulang kali berlaku sebelum ini.

“Kenal. Saya sendiri tak terkejut bila pelakon itu ditangkap lagi. Kejutan itu dah banyak kali berlaku. Tapi kita nak buat macam mana, kan?” katanya kepada mStar.

Zed kenal pelakon ditahan polis itu terlibat kes dadah.

Menurut Zed, perubahan hanya boleh berlaku sekiranya individu terbabit benar-benar berusaha dan mendapat sokongan daripada orang sekeliling.

“Kalau nak berubah, ia kena bermula daripada diri sendiri, termasuk dengan sokongan sahabat, keluarga dan orang sekeliling. Kalau tak ada sokongan, memang susah.

“Sebab orang yang terlibat ini emosi mereka agak sensitif. Cara kita nak layan mereka pun kena betul dan diplomatik. Kalau tidak, mereka takkan dengar,” jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan seorang pelakon lelaki terkenal ditahan selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian air kencing positif, polis sahkan pelakon popular ditahan kes dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi kekal Presiden, Seniman umum kepimpinan baharu

Bagaimanapun, Shazeli enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan kerana masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pada Khamis, beliau turut mengesahkan aktor terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Pelakon berkenaan dipercayai ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang positif dadah.

Zed tak terkejut pelakon popular ditahan polis.

Namun, butiran lanjut mengenai jenis dadah yang dikesan masih belum didedahkan pihak polis.

Difahamkan, ini bukan kali pertama pelakon terbabit berdepan masalah berkaitan dadah.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pernah mendapati aktor itu bersalah menggunakan dadah jenis THC, namun terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan dia membayar denda RM5,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain