PU Riz menyeru masyarakat lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat berkaitan isu sensitif.
PENDAKWAH bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz tampil menjelaskan situasi sebenar susulan polemik yang tercetus berkaitan kenyataan yang didakwa mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan yang kini hangat diperkatakan di media sosial.PU Riz menzahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan segelintir pihak yang memetik kenyataan secara separa sehingga menimbulkan salah faham terhadap mesej sebenar yang ingin disampaikan, sekali gus berpotensi mencetuskan perbahasan yang tidak sepatutnya. Menurut PU Riz, isu itu perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan berdasarkan potongan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat.“Betulkah yang mengatakan Menteri Agama menyebut punca seseorang itu menjadi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah kerana stres di tempat kerja? "Pada pandangan peribadi saya, itu bukanlah maksud sebenar yang ingin disampaikan. Apabila kita mengambil sebahagian sahaja daripada kenyataan seseorang, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan seolah-olah cuba menjustifikasikan perkara yang tidak sepatutnya,” katanya.PU Riz tampil jelaskan konteks sebenar kenyataan dibuat Menteri Agama. PU Riz turut menjelaskan bahawa dia sendiri mengambil pendekatan mendapatkan penjelasan secara langsung bagi memahami konteks sebenar kenyataan berkenaan.“Saya sendiri berasa agak keliru dengan isu ini, jadi saya bertanya terus kepada pihak Kementerian, khususnya Menteri Agama. Apa yang saya faham, pendekatan yang ingin diketengahkan sebenarnya adalah untuk menyelesaikan isu ini dengan melihat pandangan pakar serta memahami faktor-faktor yang berlaku secara lebih menyeluruh,” jelasnya.PU Riz menegaskan bahawa mesej yang lebih penting dalam perbincangan isu sosial adalah usaha pencegahan dan pendekatan yang lebih berhemah, selain memastikan masyarakat tidak mudah membuat tafsiran tanpa memahami konteks sepenuhnya.Dia turut berkongsi analogi bagi menggambarkan bagaimana salah tafsir terhadap sesuatu kenyataan boleh memberi kesan besar terhadap persepsi dan hubungan sesama manusia.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Raikan perubahan mereka” - PU Riz terbuka terima kritikan selepas komen isu LGBTARTIKEL BERKAITAN: Menteri Agama pandang serius lirik lagu tidak senonoh, hiburan bukan untuk dirosakkan“Kalau kita ambil sesuatu ayat tanpa konteks yang lengkap, ia boleh menimbulkan salah faham. Contohnya apabila seorang ibu menegur anak dengan berkata ‘mak dah tak sayang kalau kau tak solat’. Jika anak hanya mendengar sebahagian ayat tanpa memahami keseluruhan maksud, ia boleh menyebabkan salah tafsir dan menimbulkan perasaan marah atau kecewa,” katanya.Pada masa sama, PU Riz menyeru masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam menerima serta menyebarkan maklumat, khususnya yang melibatkan isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.“Marilah kita mengambil sesuatu kenyataan dengan penuh konteks dan kefahaman yang jelas supaya mesej yang disampaikan benar-benar membawa kebaikan. Dalam masyarakat majmuk seperti kita, sangat penting untuk kita saling menjaga sensitiviti dan mengukuhkan perpaduan,” ujarnya.PU Riz turut menzahirkan harapan agar masyarakat terus mengamalkan pendekatan berhemah dalam menangani isu sosial serta memelihara keharmonian bersama.PU Riz mengingatkan orang ramai supaya membaca konteks penuh bagi setiap isu yang dibahaskan. “Semoga Allah memberkati kita semua dan menguatkan perpaduan masyarakat majmuk yang kita miliki,” katanya.Terdahulu Zulkifli menerima kritikan daripada pengguna media sosial susulan jawapan bertulisnya di Parlimen mengenai isu tekanan kerja mungkin menjadi antara punca yang mendorong seseorang individu terbabit LGBT.Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN–Rantau Panjang) yang meminta Perdana Menteri memberikan data dan statistik terkini mengenai trend berkaitan isu LGBT di Malaysia, termasuk pecahan peratusan dan kumpulan umur yang terbabit, serta komposisi etnik berdasarkan kajian nasional atau laporan agensi berkaitan, serta faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes LGBT di negara ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!