suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah runtuh di parkir Pangsapuri Seri Nilam, beberapa kawasan sesak teruk akibat banjir kilat

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5 petang.

TANAH runtuh melanda sebuah kawasan parkir kenderaan di Jalan Sigma U6/14, Subang Permata, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian berhampiran Pangsapuri Seri Nilam itu.

Susulan panggilan kecemasan pada pukul 4.17 petang, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong menggerakkan sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian. 

Operasi selesai pada pukul 5 petang.

"Anggota yang digerakkan menjalankan pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya.

"Penghadang turut dipasang bagi menghalang kenderaan daripada memasuki kawasan parkir berkenaan," menurut kenyataan media itu.

Dalam pada itu, beberapa kawasan lain di Lembah Klang turut dilaporkan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat, termasuk Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) berhampiran Plaza Tol Bukit Jelutong.

Terdahulu, StarMetro melaporkan aliran trafik di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur bergerak perlahan akibat banjir kilat.

Taman Tun Dr Ismail turut menjadi antara kawasan di ibu negara yang terjejas akibat banjir kilat, selain beberapa lokasi di Selangor termasuk Jalan Pekan Subang dan Kampung Melayu Subang di Shah Alam serta Seri Kembangan.

Banjir turut dilaporkan menyebabkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan, antara Jalan Templer dan KL Gateway, berdasarkan kemas kini trafik yang dimuat naik di media sosial pada pukul 3.27 petang.  -The Star.

Artikel Lain