Surat peletakan jawatan perlu diserahkan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan urusan berhenti kerja berjalan lancar. -Gambar hiasan AI
BERDEPAN pelbagai ragam dan kerenah pekerja merupakan cabaran besar yang terpaksa ditelan oleh mana-mana organisasi, terutamanya bagi kakitangan di bahagian Jabatan Sumber Manusia (HR).Seorang staf HR tampil mendedahkan bahawa kebanyakan masalah yang pernah dikendalikannya sepanjang 12 tahun berkhidmat di jabatan berkenaan adalah melibatkan kakitangan wanita. "Saya tak kisah orang cakap apa. Sebab ni la kami tak ambil staf perempuan. Sudah kena tiga kali. Rasa dianiaya dengan pekerja sendiri. Gaji ambil, kerja tak buat lepas tu berhenti. Kalau lepas cuti bersalin, masuk (kerja) tak apa."Sekarang ni tiga orang, tiga-tiga buat macam ni. Tambah-tambah Gen Z sekarang. Kahwin awal mengandung awal. Semua tu ok rezeki, tapi berhenti waktu cuti bersalin?" luahnya dalam satu hantaran di Threads.Kakitangan jabatan sumber manusia berhak memberi teguran kepada pekerja yang mempunyai masalah disiplin. -Gambar hiasan AILebih meralatkan, ada dalam kalangan pekerja terbabit tergamak membuat pinjaman kewangan dengan syarikat sebelum membuat keputusan untuk meletakkan jawatan, sekali gus menyerahkan beban kerugian kepada majikan."Sudah la waktu cuti bersalin minta pinjam duit syarikat. Kita ini fikir dia nak beranak. Berilah pinjam ribu-ribu," katanya.Dalam pada itu, dia turut menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) yang disifatkannya kurang adil dan kerap menyebelahi pekerja apabila berlaku konflik.ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat aku kawan kau?” - Pegawai HR ‘terpaling korporat’ berang calon pelatih industri balas e-mel hanya panggil namaARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘heret’ rakan sekerja ke HR, meluat dengar gurauan ‘malam Jumaat’ - “Dia tahu saya dah kahwin”"Sudah 12 tahun sebagai HR, saya dah jumpa banyak kes pekerja buat aniaya dekat syarikat. Bukan semua syarikat tindas pekerja. Bukan semua HR kejam."Pekerja lagi banyak licik. Dengan perangai dan mulut jahat. Unpaid leave tak habis-habis. Tapi kita tak boleh pecat orang macam ni. Kena bagi tempoh dia berubah dan sebagainya. Terpaksa simpan pekerja toksik," luahnya lagi.Sehubungan itu, wanita berkenaan berharap agar undang-undang berkaitan dapat ditambah baik supaya kepentingan majikan dan pekerja lebih seimbang.Seorang staf HR mendedahkan pelbagai kerenah pekerja yang pernah dihadapinya.Dia mendakwa tiga staf meletakkan jawatan ketika cuti bersalin, menyebabkan syarikatnya serik mengambil pekerja wanita.Dia kecewa apabila pekerja terbabit didakwa meminjam wang daripada syarikat sebelum berhenti kerja.Dia turut mendakwa majikan sukar mengambil tindakan terhadap pekerja bermasalah dan berharap Akta Kerja ditambah baik.Netizen tampil dengan pelbagai reaksi, ada yang bersimpati terhadap majikan dan ada berpendapat isu itu perlu dilihat daripada kedua-dua pihak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Someone ubah la Akta Kerja bagi dua-dua pihak dapat situasi menang-menang," akhirinya. Di ruangan komen, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.Ada yang bersimpati dengan cabaran dihadapi majikan, namun tidak kurang juga yang berpendapat isu itu perlu dilihat daripada kedua-dua belah pihak. "Setuju, sebab ramai yang buat onar, lepas tu terpaling terrsakiti apabila orang tak ambil perempuan hamil bekerja."Memang sakit hati kalau ada pekerja ambil kesempatan macam ni," komen netizen.