suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Tolong, panas!” - Saksi cerita detik cemas Alza dihempap lori tar, tangisan dua budak dan rayuan ibu undang sebak

Orang awam bertungkus-lumus cuba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam Perodua Alza. -Foto Threads @syahmisukatukang

SUASANA cemas menyelubungi lokasi kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan tar terbalik dan menghempap sebuah Perodua Alza berhampiran Kampung Sri Wangi, Jalan Yong Peng, Batu Pahat, tengah hari Ahad.

Lebih menyayat hati apabila orang awam yang berada di lokasi kejadian terdengar tangisan kanak-kanak serta suara seorang wanita dipercayai ibu mereka yang merayu meminta pertolongan dari dalam kenderaan.

Seorang saksi kejadian, @syahmisukatukang menerusi perkongsian di Threads, menceritakan detik cemas ketika dia bersama orang awam lain berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap sebelum ketibaan pasukan bomba.

"Sedih, sampai je di lokasi dengar budak melalak (meraung) dari jauh. Apabila datang dekat dengar sayup-sayup maknya sebut 'tolong, panas'. Tanya jiran-jiran kalau yang ada grinder ke apa, tapi tiada. 

"Memang kelam kabut cari cara nak keluarkan budak-budak tu sebab masih dengar suara. 

"Tempat duduk depan memang tersepit tak nampak apa. Tempat duduk belakang ada budak dua orang, dah melecur dan kena tindih dengan barang-barang belanja dapur," tulisnya. 

Perodua Alza yang dinaiki empat individu remuk dihempap lori membawa muatan tar. -Foto media sosial

Menerusi perkongsiannya, lelaki itu turut memuat naik video memaparkan situasi cemas usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan oleh pasukan bomba yang turut dibantu oleh orang awam.

Kelihatan sebahagian jalan turut dipenuhi dengan tar yang masih panas.

"Mangsa dah melecur berlumuran dengan tar. Tangan aku tadi terkena sikit masa nak tolong kopak kereta pun dah melecur. Inikan pula yang di bawah lori tu. Allah," tulisnya.

Dalam perkongsian sama, dia memaklumkan dua kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan berkenaan dilaporkan masih hidup dan selamat, namun mengalami kecederaan termasuk melecur.

"Buat yang tertanya-tanya. Dah ada yang terangkan. Lori bukan bawa laju, tapi turun bukit, tayar pula pecah, terbabas dan tergolek hempap kereta dari arah bertentangan," tambahnya.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohamad Alif Halim dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan tragis berkenaan mengorbankan dua individu iaitu lelaki berusia 46 tahun yang merupakan pemandu Perodua Alza dan penumpang wanita berusia 40 tahun.

"Turut berada di dalam Perodua Alza tersebut ialah dua kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun yang cedera ringan," ujarnya.

Menurutnya, mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut, manakala kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis.

Artikel Lain