suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nazrey hilang suara, The Rayhan tetap teruskan konsert tiga jam

Konsert Syukur 21 The Rayhan berlangsung meriah di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

SUDAH membuat persiapan rapi untuk menjayakan konsert, namun anggota kumpulan The Rayhan, Nazrey Johani berdepan dugaan apabila suaranya tiba-tiba hilang ketika membuat persembahan pada malam Sabtu.

Nazrey atau Nazrey Johani Abdullah, 54, mengakui tidak menyangka perkara itu berlaku memandangkan keadaan suaranya berada dalam keadaan baik sehari sebelum konsert Syukur 26 yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana masih mampu meneruskan persembahan dan menyampaikan lebih 20 lagu sehingga konsert berakhir.

“Minta maaf suara saya tiba-tiba tak ada pula. Ini kali pertama The Rayhan buat persembahan di pentas. 

Nazrey tidak menyangka berdepan masalah suara pada malam konsert.

“Nak sampai ke konsert ini pun banyak cabaran. Semalam (Jumaat) suara saya elok sahaja, tiba-tiba tak okay pula.

“Maksudnya kena ada konsert lagi sekalilah, “ katanya sambil bergurau.

Dalam pada itu, Nazrey turut meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kekuatan untuk menghabiskan persembahan meskipun berdepan masalah suara.

Malah, dia turut menitipkan doa buat semua penonton yang hadir memberikan sokongan dengan membeli tiket konsert berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazrey Johani kembali aktif bersama Ana The Rayhan, mahu bela nasib sahabat

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai salah faham! Amran jelaskan status dengan Raihan, kini bersama The Rayhan

“Namun saya masih bersyukur masih mampu menyanyi lebih 20 lagu sampai habis konsert.

“Semoga Allah kembalikan rezeki lebih banyak kepada pembeli tiket malam ini.

“Semoga Allah beri rezeki melimpah, kebahagiaan rumah tangga, anak-anak jadi taat soleh solehah dan menjadi penyambung perjuangan kita di masa hadapan,” ujarnya. 

Konsert yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu berlangsung hampir tiga jam dengan menampilkan dua penyanyi jemputan iaitu Hermantino dan penyanyi terkenal Indonesia, Opick.

Hermantino (dua dari kiri) menghiburkan peminat dengan lagu Disini Saja.

The Rayhan berduet bersama Hermantino menerusi lagu Aku Milikmu, manakala Opick pula bergandingan dengan kumpulan itu menerusi lagu Demi Masa.

Selain persembahan muzik, konsert berkenaan turut disulami dengan nasihat dan peringatan daripada Opick yang mengajak penonton agar tidak berputus asa untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT walaupun pernah melakukan dosa.

“Siapa di sini pernah buat satu dosa? Tiga dosa? 100 dosa?

Opick menyampaikan dua buah lagu pada malam konsert.

“Sejahat mana pun kita, sekiranya kembali kepada Allah, pasti Allah akan menerimanya,” katanya.

Tidak hanya itu, persembahan The Rayhan turut diserikan dengan penglibatan kanak-kanak daripada Genius Aulad yang dijemput naik ke pentas untuk menyanyi bersama kumpulan berkenaan.

Mereka mengiringi The Rayhan menerusi persembahan medley lagu Sifat 20, 25 Rasul dan 10 Malaikat yang membawa penonton menghayati ilmu asas agama Islam.

Sepanjang konsert yang berlangsung hampir tiga jam, The Rayhan turut mempersembahkan beberapa lagu popular antaranya Syukur, Allahu, I’tiraf, Assalamualaikum, Iman Mutiara dan Puji-Pujian.

Artikel Lain