suria

Ramai salah faham! Amran jelaskan status dengan Raihan, kini bersama The Rayhan

Amran tampil memperjelaskan penglibatannya dalam kumpulan nasyid Raihan selepas timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat. 

Menurut Amran, 58, kehadirannya bersama Raihan sejak kebelakangan ini hanya untuk beberapa projek tertentu dan bukan sebagai anggota tetap seperti disangka ramai.

Katanya, ramai salah faham apabila melihat dia kembali muncul bersama kumpulan tersebut sehingga menganggap dia sudah menyertai semula Raihan sepenuhnya.

“Sebenarnya pada 2010 saya pulang ke kampung untuk menjaga emak dan nenek. Ketika itu saya menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak memikirkan soal muzik atau menyanyi kerana kontrak dengan Raihan sudah tamat.

“Kemudian pada 2014, pengurus Raihan menghubungi saya untuk sertai semula tetapi hanya untuk projek tertentu, bukan sebagai anggota tetap.

“Sehinggalah Januari 2025, Ahfad pula menghubungi saya untuk menyertai kumpulan baharu yang turut disertai Nazrey iaitu The Rayhan. 

“Ramai ingat saya kembali aktif dengan Raihan, tapi sebenarnya tidak. Kehadiran saya hanya untuk projek tertentu sahaja,” katanya. 

Sebelum ini, kemunculan Amran bersama Raihan mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk dakwaan dia kembali menyertai kumpulan berkenaan secara tetap.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi