suria

Ryan Bakery berjaya turun 10 kg, jadikan Shaheizy Sam sebagai inspirasi untuk kurus

PERSONALITI media sosial dan pelakon Ryan Bakery mendedahkan dia kini sedang berusaha menurunkan berat badan sebagai persediaan untuk menjayakan sebuah projek filem selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 31, dia berjaya menurunkan kira-kira 10 kilogram (kg) daripada berat asal 70 kg selepas mengamalkan diet seimbang dan menjaga pemakanan.

Ryan berkata perubahan tersebut dilakukan demi memenuhi tuntutan watak dalam filem berkenaan, malah dia turut menjadikan pelakon Shaheizy Sam sebagai inspirasi.

“Sekarang ini saya memang tengah diet dan jaga makan. Berat saya pun sudah turun 10 kg daripada berat asal 70 kg

“Saya buat perubahan ini sebab tuntutan kerja. Selepas raya nanti ada projek filem, jadi kena buat persediaan awal,” katanya.

Dalam masa sama, Ryan mengakui dia mahu tampil dengan imej berbeza menerusi filem tersebut dan berharap perubahan yang dilakukan dapat memberi nafas baharu kepada dirinya pada tahun ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi