suria

Tidur lewat jaga anak, Qi Razali baru tahu cabaran jadi bapa

PELAKON Qi Razali mengakui rutin hariannya kini banyak berubah sejak kehadiran cahaya mata sulung iaitu Anggun Summayah dalam kehidupannya.

Menurut Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, antara cabaran paling dirasai sebagai bapa adalah menyesuaikan diri dengan waktu tidur anak yang tidak menentu.

“Betullah orang cakap bila ada anak ini memang lain, kehidupan macam berubah. Dulu kita ingat tidur pukul satu atau dua pagi itu sudah lewat, tapi sekarang memang tak boleh macam itu.

“Kadang-kadang bila baru nak lelap, dia mula berbunyi. Ada masa sampai pukul tiga atau empat pagi baru dia betul-betul tidur,” katanya kepada mStar.

Tambah Qi, walaupun Anggun baru berusia tiga bulan, anaknya itu sangat manja dan memerlukan perhatian lebih daripadanya.

Berkongsi perkembangan anaknya, Qi berkata buat masa ini Anggun masih belum menerima sebarang tawaran daripada pihak produksi, namun dia terbuka sekiranya ada peluang yang sesuai.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi