suria

Nama makin dikenali, Auddra lega tak lagi dibayangi Sharifah Shahirah

ANAK kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah iaitu Audra Zulkifli mengakui dia kini semakin selesa apabila tidak lagi dibayangi nama ibunya.

Menurut Audra atau mesra dipanggil Oddah, 17, sebelum ini ramai yang sering mengaitkan dia dengan ibunya sehingga merasakan orang lebih melihat dirinya sebagai anak Sharifah Shahirah.

“Alhamdulilah sekarang ini saya sangat sibuk apabila dapat banyak tawaran buat lagu terutamnya lagu raya. Saya sangat bangga dengan diri saya sekarang dan apa yang sudah dicapai tahun ini.

“Dulu orang selalu nampak saya hanya sebagai anak kepada mama. Apa saja yang saya buat, mesti akan dikaitkan dengan mama, tapi sekarang ada yang tak tahu saya ini anak kepada Sharifah Shahirah,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Audra turut meluahkan rasa syukur apabila usahanya dalam bidang seni mula mendapat perhatian dan sokongan peminat.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi