suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kudrat budak tu… Agak-agak la” – Bapa Amad Dayyan terkilan penganjur mungkir janji, masih tangguh bayaran persembahan sejak Ogos

BAPA penyanyi Amad Dayyan meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu yang didakwa tidak melunaskan baki bayaran persembahan anaknya selepas menyanyikan lima lagu pada sebuah acara di Pahang pada Ogos lalu.

Menurut bapanya, Saiful Anuar atau mesra disapa Epul, 43, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak atasan bagi menentukan tindakan selanjutnya berhubung isu berkenaan.

"Buat masa ini, saya sedang berbincang dengan pihak atasan mengenai tindakan selanjutnya. Tidak mengapa, kita akan uruskan perkara ini melalui saluran yang sepatutnya. Kesian kepada budak ini janganlah sampai ambil kesempatan.

"Kejadian ini berlaku sebelum Ogos haritu, di Pahang. Bagaimanapun, lokasi sebenar kita rahsiakan dahulu sebab kes ini akan kita bawa kepada pihak berkuasa. Jumlahnya tidak banyak, cuma apa yang telah dijanjikan sebelum ini. Harapan seorang budak itu... Ini kali pertama sebab saya pun masih baharu dalam menguruskan perkara sebegini. Tambahan pula, saya mengenali individu tu saya tidak terfikir untuk meminta deposit atau apa-apa bayaran pendahuluan.

“Ada mesej, tetapi tiada maklum balas cuma, pihak berkenaan ada memberikan satu jumlah tawaran yang kami tidak persetujui selepas itu, mereka terus senyap saya pun tidak mahu memanjangkan perkara ini. Kalau mereka rasa mahu bayar, bayarlah kalau tidak mahu bayar saya serahkan kepada Allah," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi