suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai sayang Shuib dan Jep, Ebby Yus dah anggap macam adik... “Pada saya mereka tiada perbalahan”

MELIHAT perselisihan faham antara Jep Sepahtu dan Shuib yang dikatakan masih berlarutan, pelawak Ebby Yus memilih untuk tidak campur tangan dalam kemelut membabitkan kedua-dua rakan seperjuangannya itu.

Menurut Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 60, baik Jep mahupun Shuib tidak pernah bercerita buruk mengenai satu sama lain setiap kali bertemu dengannya.

Bagaimanapun, Ebby berharap sekiranya benar berlaku perselisihan faham antara mereka, kedua-duanya dapat berbaik semula dan memperbaiki hubungan yang dikatakan sudah lama renggang itu.

“Susah nak cakap tentang perkara ini sebab apabila saya berjumpa dengan Shuib, dia tidak pernah bercerita buruk tentang Jep. Begitu juga apabila saya berjumpa dengan Jep, dia tidak pernah bercerita buruk tentang Shuib.

“Sebenarnya, perkara ini sudah lama saya dengar-dengar, tetapi saya cuba untuk tidak mengambil tahu sebab saya sayangkan mereka, kadang-kadang, saya terfikir juga, betulkah mereka ini bergaduh? Dahulu saya melihat mereka bertiga datang ke rumah saya. 

"Saya tidak pernah meluahkan perkara ini, sebenarnya doa saya sejak dahulu hingga hari ini sentiasa mengiringi mereka. Saya sentiasa berdoa agar, andai kata ada perbalahan antara mereka, mereka dapat berbaik semula," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi