suria
mStar - Urban.Versatil

Ridhuan Tee rasa nak muntah lihat video pasangan Gen Z bercium secara terbuka di media sosial, pesan jaga adab dan akhlak

PENDAKWAH bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee menyelar tindakan segelintir pasangan muda khususnya dalam kalangan generasi Gen Z yang tanpa segan silu mempamerkan kemesraan secara terbuka sehingga sanggup memuat naik aksi keterlaluan di media sosial.

Menurut Ridhuan, 60, perbuatan sedemikian jelas tidak berlandaskan ajaran Islam, malah bercanggah dengan nilai akhlak serta budaya masyarakat Melayu yang terkenal dengan sifat sopan dan beradab.

“Pada pasangan dah berkahwin, walaupun sudah halal tapi berpada-padalah, jaga adab dan akhlak.

“Tolonglah, tak usahlah buat perkara begitu. Lebih elok buat di tempat tertutup dan bukan di tempat awam sehingga boleh menimbulkan fitnah,” katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut, Ridhuan meluahkan rasa kurang senang melihat trend segelintir anak muda yang seolah-olah menganggap perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang biasa dan boleh diterima umum.

Katanya, walaupun dia bukan daripada generasi Gen Z, itu tidak bermakna semua perkara yang dilakukan golongan berkenaan tidak boleh diterima.

“Kalau tengok video tu rasa nak muntah tak? Saya mungkin bukan Gen Z, tapi ada perkara mereka buat kita boleh terima, ada juga tidak.

“Tanya mak, ayah dan adik-beradik dia. Kalau mak ayah dia kata okey, tak tahu saya nak kata apa.

“Tapi saya percaya mak ayah dia akan cakap benda sama macam saya cakap,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi