suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga buka slot infaq untuk beri makanan percuma, Taiyuddin Bakar anggap tindakan itu kelakar... “Manusia sekarang pelik-pelik”

PELAKON Taiyuddin Bakar menyifatkan tindakan peniaga yang hanya memberikan makanan secara percuma menerusi inisiatif infaq sebagai sesuatu yang menggelikan hati.

Taiyuddin, 43, berkata, situasi itu dilihat agak pelik kerana urusan jual beli tetap berlaku apabila pelanggan perlu membayar untuk mendapatkan makanan, meskipun menggunakan alasan infaq.

Menurutnya, jika seseorang membuka kedai untuk berniaga seperti biasa, pelanggan sepatutnya boleh membeli makanan tanpa perlu menunggu sumbangan infaq terlebih dahulu.

"Kalau buka kedai secara umum, orang datang nak beli tapi saya tak boleh nak jual kerana belum ada yang infaq, kelakar kan?

"Sama juga kalau saya jual pada orang yang nak infaq untuk jual pada orang, kan sama sebab transaksi berlaku," katanya kepada mStar.

Malah, Taiyuddin berpendapat tindakan segelintir pihak yang melakukan perkara luar biasa demi mendapatkan perhatian ramai semakin menjadi-jadi, termasuk menggunakan pendekatan 'ragebait'.

"Bagi saya, manusia sekarang pelik-pelik, macam-macam orang cuba untuk ragebait. Saya anggap ia satu gurauan," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi