GEMENTAR memikirkan penerimaan penonton, pelakon Zarif Ghazzi bagaimanapun tidak menyangka lakonannya sebagai Abbas dalam siri Kudrat 1968: High Council mendapat impak besar sehingga namanya semakin dikenali ramai.Zarif atau Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, berkata dia bersyukur apabila berjaya memenuhi ekspektasi penonton menerusi lakonannya dalam siri berkenaan. Kata Zarif, peningkatan perhatian terhadap dirinya bukan sahaja satu pencapaian, malah turut hadir dengan tanggungjawab lebih besar untuk terus memberikan persembahan terbaik.“Alhamdulillah saya bersyukur apabila saya capai ekspektasi menerusi lakonan dalam siri Kudrat ini. “Saya percaya setiap ekspektasi itu tidak akan terhenti di situ, tanggungjawab saya akan lebih lagi. Zarif dan Chech sebagai peneraju dalam Kudrat 1968: High Council.“Sudah tentu saya takut dengan ekspektasi orang, tetapi saya tukarkan ketakutan itu kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan (lakonan) dengan lebih baik,” katanya kepada mStar. Zarif berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Kudrat 1968: High Council yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin. Mengulas impak watak Abbas yang dibawanya, Zarif mengakui terkejut dengan sokongan serta sambutan diberikan peminat selepas empat episod siri itu ditayangkan.Malah, dia menjangkakan watak Abbas akan terus melekat dalam ingatan penonton sehingga namanya sendiri mungkin kurang digunakan berbanding nama karakter tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Cabaran untuk dapat kembali 'roh' budak sekolah“ - Zarif Ghazzi susut 20kg, gelapkan kulit demi AbbasARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi elak jadi ‘hamba’ fesyen, pegang pesanan ibu bapa jaga aurat... “Pakai rantai itu dosa berterusan”“Alhamdulillah saya tidak menyangka. Sejujurnya sudah tentu setiap naskhah yang baik memang akan boleh ‘pergi’ (berjaya). “Sejujurnya saya terkejut dengan impak dan sokongan diberikan (peminat). Saya rasa lepas ni memang orang akan panggil saya Abbas (nama watak) walaupun 10 tahun akan datang. “Bagi saya itu adalah satu pencapaian kerana orang bukan ingat nama tetapi watak itu sendiri. Maksudnya lakonan saya itu sampai pada penonton,” ujarnya.Bagaimanapun, Zarif tidak mahu kejayaan menerusi Kudrat 1968 membuatkan dirinya selesa, sebaliknya menganggap masih banyak perkara perlu dipelajari untuk memantapkan kemahiran lakonan.“Apa pun yang kita buat tidak pernah akan cukup. Insya-Allah sebagai seorang pelakon tanggungjawab saya untuk berikan pelbagai watak dalam lakonan. Saya percaya setiap ekspektasi itu tidak akan terhenti di situ, tanggungjawab saya akan lebih lagi. ZARIF GHAZZIPELAKON“Sudah tentu rasa takut itu tetap ada, tapi bila rasa takut kita masih ada ruang untuk belajar. Saya belum cukup sempurna, handal atau legend. Sudah tentu banyak lagi yang saya perlu belajar tentang penyampaian dalam lakonan. “Saya tetap akan berdoa dan berusaha agar kerjaya saya tidak hanya bergantung dengan siri Kudrat 1968 ini sahaja,” jelasnya.Dalam pada itu, Zariff meluahkan rasa syukur apabila usaha dan pengorbanannya sepanjang tiga tahun bergelar pelakon akhirnya mula mendapat perhatian ramai.Zarif berjaya mencuri perhatian ramai menerusi watak Abbas.“Saya bersyukur sebab titik peluh saya sepanjang tiga tahun berlakon kini sudah mendapat perhatian ramai. “Terima kasih kepada semua penyokong dan tenaga produksi. Mereka antara individu yang menaikkan saya,” katanya.Untuk info, Kudrat 1968: High Council menjadi prekuel kepada fenomena siri Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), dengan mengetengahkan kisah awal tercetusnya sistem hierarki rahsia yang diwujudkan dalam kalangan pelajar.Selain Zarif, naskhah arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.Filem Kudrat 1969: High Council akan menemui peminat di seluruh pawagam pada 29 Oktober ini.