PELAWAK Rahim Sepahtu tampil menjelaskan salah faham orang ramai berhubung dakwaan kononnya perniagaan diusahakan berdepan perbuatan hasad dengki sehingga terpaksa memindahkan premis kari kambingnya ke lokasi baharu.Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 56, memberitahu keputusan berpindah ke lokasi baharu di Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor dibuat kerana kecewa apabila pemilik gerai didakwa tidak mematuhi beberapa perjanjian yang dipersetujui bersama. "Sebenarnya saya keluar daripada kedai itu bukan disebabkan perbuatan khianat pihak tertentu tapi saya tidak pasti mengenai perkara itu.Rahim anggap rezeki berada di tempat lain."Apa yang boleh saya katakan, saya keluar kerana ketika mula-mula membuat perjanjian, ada beberapa perkara yang dipersetujui tetapi tidak dilaksanakan dengan betul selepas perniagaan semakin mendapat sambutan."Sebelum kedai itu ramai pelanggan, saya dan pemilik ada membuat perjanjian. Saya membantu dari segi pemasaran secara percuma dan dia tidak perlu membayar satu sen pun."Saya usahakan promosi termasuk bercakap di radio dan menggunakan media. Malangnya, apabila perniagaan sudah semakin ramai pelanggan, beberapa perkara yang dipersetujui mula tidak dipatuhi," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Nama dipetik jadi punca, Rahim jawab isu tunjuk video Shuib kepada Jep... “Saya tak ada kena-mengena”ARTIKEL BERKAITAN: Rahim Sepahtu pesan Shuib buang ego demi persahabatan dengan JepRahim berkata, ketiadaan kontrak bertulis menyebabkan dia memilih untuk berundur daripada terus memanjangkan perkara berkenaan.Malah dia berharap segala pemasaran percuma yang dilakukannya di gerai berkenaan juga hendaklah dibatalkan serta merta selepas pemindahannya itu."Saya rasa perjanjian itu sudah terbatal apabila dia tidak menepati perkara yang dipersetujui. Cuma, kami tidak mempunyai kontrak bertulis."Jadi, saya buat keputusan untuk menarik diri. Apa sahaja yang melibatkan saya, termasuk gambar, video dan patung yang dibuat menggunakan imej saya, perlu ditarik balik. Kari kambing yang berada di tempat lama itu bukan perniagaan saya.RAHIM SEPAHTUPELAWAK"Saya tidak pernah mengambil satu sen pun untuk semua pemasaran yang dilakukan sebelum ini," ujarnya.Dalam pada itu, Rahim mengakui terkilan apabila pemilik premis berkenaan didakwa mula menjual menu yang sama selepas dia meninggalkan lokasi tersebut.Katanya, perkara itu mengejutkan kerana sebelum ini pemilik berkenaan tidak menjalankan perniagaan kari kambing."Dalam tempoh lebih kurang sebulan selepas perkara itu berlaku, saya berterus terang bahawa saya memang berniaga kerana makanan itu sedap, tetapi saya tidak tahu apa puncanya dia begitu mahukan saya keluar.Rahim semakin sibuk melayan pelanggan."Lebih mengejutkan, sebaik sahaja saya keluar, dia pula berniaga kari kambing di situ seolah-olah sudah bersedia untuk mengambil alih perniagaan berkenaan."Saya terkejut kerana sebelum ini dia tidak menjual kari kambing. Tetapi saya tidak mahu fikir lebih jauh mengenai perkara itu," kongsinya.Rahim bagaimanapun menegaskan dia tidak menyimpan kemarahan terhadap pemilik premis berkenaan kerana percaya setiap rezeki sudah ditentukan Allah SWT.Jelasnya, apa yang berlaku hanya meninggalkan rasa terkilan kerana dia sudah menganggap individu itu seperti adik sendiri sehingga sanggup membantu tanpa berkira.Pernigaan Rahim terima sambutan menggalakkan."Kepercayaan kepada rezeki dan ketentuan Allah itu yang membuatkan saya kuat. Saya tidak pernah berasa marah kepadanya, cuma terkilan kerana saya sudah anggap dia seperti adik sendiri."Sebab itu saya tolong dia tanpa berkira. Saya tidak pernah mengambil bayaran untuk setiap gambar, video atau patung yang menggunakan imej saya," luahnya.Mengambil pengajaran atas apa yang berlaku, Rahim berkata, dia kini akan lebih berhati-hati dalam memilih individu yang mahu dibantu, selain memastikan setiap persetujuan dibuat secara bertulis bagi mengelakkan perkara sama berulang."Perkara ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih kawan yang mahu kita tolong. Selepas ini, semuanya perlu ada hitam putih."Tetapi tidak mengapa. Kalau bukan kerana perkara ini berlaku, mungkin saya tidak membuka kedai sendiri seperti sekarang," jelasnya.Rahim harap peminat tidak lagi keliru.Bersyukur dengan perkembangan perniagaan itu, Rahim memberitahu keuntungan yang diperoleh ketika berniaga di lokasi lama digunakan sebagai modal untuk membuka premis sendiri.Malah, sambutan pelanggan terhadap perniagaan kari kambingnya kini juga menggalakkan sehingga dia terpaksa menambah meja bagi menampung jumlah pengunjung.Dalam masa sama, Rahim menegaskan perniagaan kari kambing yang beroperasi di lokasi lama itu bukan lagi miliknya bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan."Saya mahu tekankan sekali lagi, kari kambing yang berada di tempat lama itu bukan perniagaan saya. Kari kambing Rahim hanya ada satu, iaitu di kedai saya sekarang."Saya jelaskan perkara ini kerana ramai pelanggan memberitahu mereka menyangka saya membuka cawangan baharu sedangkan perniagaan di sana bukan lagi milik saya," katanya.