suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zarif Ghazzi percaya didikan ibu bapa bentuk perilaku anak, aksi ganas dalam filem bukan alasan jadi pembuli

Zarif berpandangan pengaruh filem bukan punca kegiatan buli berlaku di sekolah.

PELAKON Zarif Ghazzi berpandangan didikan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan perilaku anak-anak, termasuk ketika berhadapan dengan paparan aksi keganasan dalam filem.

Zarif atau Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, berkata, setiap karya yang dihasilkan mempunyai klasifikasi umur tersendiri bagi memastikan kandungan yang dipaparkan bersesuaian dengan penonton.

Kata Zarif, dia percaya cara seseorang anak dibesarkan turut mempengaruhi bagaimana mereka memahami dan bertindak terhadap perkara yang dilihat.

“Kadang-kadang saya tengok ada juga kes buli membabitkan kanak-kanak bawah umur. Sebab itulah setiap karya yang dihasilkan di Malaysia mempunyai klasifikasi umur seperti 16 tahun ke atas atau 18 tahun ke atas dan ada juga yang 21 tahun ke atas.

Zarif percaya didikan yang baik bermula dari rumah.

“Jadi saya percaya sikap dan perilaku kanak-kanak di luar itu mencerminkan cara mereka berkomunikasi dengan ibu bapa mereka sendiri.

“Sejujurnya, saya membesar dengan KL Gangster 1, KL Gangster 2 dan KL Gangster 3 tapi Alhamdulillah, saya tidak mahu banding dengan anak-anak lain, tapi saya bersyukur cara ibu bapa membesarkan saya menjadikan saya manusia seperti sekarang,” katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Zarif menjelaskan Kudrat 1968: High Council bukan hanya berkisar tentang buli, sebaliknya turut mengetengahkan isu hierarki, senioriti dan politik.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kudrat 1968’ galak budaya buli? Ini jawapan pengarah - “Setiap watak jahat ada balasannya”

ARTIKEL BERKAITAN: Evertts Gomes hadkan akses media sosial sebelum drama ‘Kudrat’ bersiaran, bimbang pengaruh tidak wajar terhadap pengguna bawah umur

“Perjalanan Kudrat 1968 ini panjang. Episod kelima ini menutup cerita dan menjawab segala persoalan daripada episod pertama hingga keempat. Segala soalan kenapa dia bertindak sebegitu dan kenapa dia kejam, semuanya akan terjawab dalam filem ini. 

“Jadi, saya akan cakap perkara ini berkali-kali, sudah tentu ada yang cakap kenapa masih ada lagi cerita yang macam ini. Apa yang boleh saya katakan, Kudrat 1968 lebih dari kisah buli. 

“Ia mengenai hierarki, senioriti dan politik. Ia lebih dari itu,” ujarnya.

Zarif bagaimanapun menyifatkan penyampaian mesej mengenai buli menerusi lakonan sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik.

Kudrat 1968: High Council ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober ini.

Katanya, paparan secara visual dapat membantu penonton memahami dan merasai sendiri betapa buruknya kesan perbuatan buli terhadap mangsa.

“Mesej mengenai buli ini boleh disampaikan dengan pelbagai cara. Jadi, untuk saya sebagai pelakon, adalah tanggungjawab untuk menyampaikan mesej mengenai buli dari segi visual supaya semua rakyat Malaysia bukan sahaja mengetahui, tetapi turut merasai betapa teruknya kesan buli itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, filem Kudrat 1968: High Council menjadi perhatian di media sosial apabila ramai yang mengaitkannya dengan dakwaan menggalakkan budaya buli dalam kalangan pelajar.

Isu berkenaan turut mencetuskan perbincangan susulan laporan mengenai pelbagai kes buli di sekolah, termasuk insiden yang mengakibatkan kematian.

Artikel Lain