suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada khabar sejak September, misteri kehilangan ibu dan anak terjawab... Jasad didakwa dibakar, dikisar dan dibuang ke sungai!

Suami kepada Dini kini ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.

MISTERI kehilangan seorang wanita bersama anak lelakinya sejak September lalu terjawab dengan pembongkaran kes pembunuhan kejam, selepas lelaki yang mengahwininya secara 'siri' (nikah batin dan tidak berdaftar) ditahan polis.

Suspek, Dwi Bagus Martono, ditahan di Jombang, Jawa Timur, Indonesia pada malam Ahad selepas siasatan polis menemui beberapa petunjuk yang mengaitkannya dengan kehilangan Dini Hardiyanti, 30, dan anaknya, berusia empat tahun.

Menurut laporan media Indonesia, polis mengesyaki suspek membunuh Dini dan anaknya sebelum membakar jasad mereka, memasukkannya ke dalam mesin pengisar daging dan membuang sisa-sisanya ke Sungai Bengawan Madiun, Indonesia.

Ketua Unit Khas Jatanras, Direktorat Siasatan Jenayah Umum Polis Jawa Timur, AKBP Arbaridi Jumhur berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel menjadi antara petunjuk penting dalam siasatan kes berkenaan.

Kronologi kejadian

Siasatan mendapati kes ini bermula apabila Dini dan anaknya menginap di Hotel Mataram Baru, Jalan Dr Soetomo, Kota Madiun sejak 19 September lalu bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka bersama suspek.

Bagaimanapun, percutian itu bertukar menjadi pertengkaran mulut di dalam bilik hotel berkenaan.

Selepas kejadian itu, suspek didakwa keluar dari hotel sambil membawa beg yang disyaki mengandungi jasad Dini, manakala anak mereka pula dibawa bersama dalam keadaan masih hidup.

Kejadian dipercayai berlanjutan di rumah suspek di kawasan Gang Tentrem, Jalan Doho, Kota Madiun, apabila kanak-kanak itu turut disyaki dibunuh.

Suspek kemudian dipercayai membakar jasad kedua-dua mangsa di bahagian belakang rumah sebelum memasukkannya ke dalam mesin pengisar daging dan membakarnya sekali lagi bagi menghapuskan bukti.

Sisa jasad itu kemudiannya dipercayai dibuang ke dalam Sungai Bengawan Madiun.

Polis turut menemui petunjuk bahawa suspek menyediakan peralatan seperti gergaji dan mesin pencincang sampah yang dipercayai digunakan dalam usaha menghapuskan bukti.

Sehingga Isnin, pihak berkuasa masih menyiasat di beberapa lokasi bagi mencari bukti fizikal serta serpihan tulang mangsa yang belum ditemukan.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi merungkai keseluruhan kejadian. -Agensi

Artikel Lain