ORANG tua-tua selalu berpesan, jalan untuk seorang isteri pikat hati suami adalah melalui perutnya.Memasak untuk suami sebenarnya tidak perlu lauk mewah atau resipi yang rumit sebaliknya hidangan ringkas dengan penuh kasih sayang sudah memadai. Namun seorang lelaki meluahkan rasa terkilan dengan sikap isterinya yang tidak menyediakan makanan ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan penat dan lapar selepas seharian bekerja.Ceritanya, dia kecewa saat membuka tudung saji dan mendapati tiada sebarang hidangan di atas meja manakala isterinya sedang tidur di dalam bilik."Aku balik kerja dekat pukul 8 malam. Penat jangan cakaplah, perut pula lapar. Sampai rumah buka tudung saji kosong. Dia pula tidur.Perselisihan faham dalam rumah tangga perlu ditangani secara berhemah. -Gambar hiasan AI"Aku kejut tanya dia tak masak ke? Dia selamba jawab tadi sayang keluar dengan kawan. Dah makan luar. Abang masak la maggi dulu," katanya. Lebih mengecewakan, isterinya memberitahu memasak bukan tanggungjawab wajib seorang isteri dan suami perlu membayar upah sekiranya mahu dia menyediakan makanan.Jawapan itu kata lelaki berkenaan membuatnya kecewa kerana tidak pernah culas bab nafkah selain mengikut semua kehendak isterinya."Aku panas hati aku cakap sayang tak kerja. Abang tanggung makan minum, rumah dan semua bil. Duit belanja setiap bulan abang bagi. Hari itu minta RM100 nak buat rambut, abang bagi RM150.ARTIKEL BERKAITAN: Masak tempoyak ikan patin untuk rakan serumah, tapi ‘boyfriend’ orang pula kenyang! - “Saya tapau untuk dia makan malam”ARTIKEL BERKAITAN: Mulut lancang suami buat isteri sakit hati! Usaha masak sedap dapat komen ‘pedas’, siap pakej muka rengsa“Parcel Shopee setiap minggu sampai, abang bayar. Skincare, beg tangan dan tudung semua abang tak pernah berkira pun,” katanya.Bagaimanapun, isterinya menjawab bahawa semua perbelanjaan berkenaan merupakan nafkah yang sememangnya menjadi tanggungjawab suami."Aku bukan minta layan macam raja pun. Cuma balik kerja lapar, harap bini ingat suami belum makan. Ini dia muncung masuk bilik hempas pintu. Aku pun malas nak gaduh."Malam tu aku ajak dia makan luar. Mula-mula tak nak konon merajuk. Sekali aku hidupkan kereta dia jerit nak ikut," katanya. Suami kecewa pulang kerja dalam keadaan lapar tetapi mendapati tudung saji kosong.Isteri mendakwa memasak bukan tanggungjawab wajib seorang isteri.Lelaki itu mendakwa tidak pernah berkira menanggung perbelanjaan isteri.Pasangan itu sudah 19 tahun mendirikan rumah tangga dan masih saling menyayangi.Perkongsian itu mencetuskan perbincangan netizen mengenai tanggungjawab dan layanan dalam rumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AIMengakui sudah 19 tahun mendirikan rumah tangga, lelaki itu berkata mereka tetap saling menyayangi meskipun sesekali berselisih faham."Gaduh pun sayang juga. Tapi aku nak tanya, salah ke suami harap isteri masak bila balik kerja? Ke sekarang isteri masak kena bayar upah?" soalnya.Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang berpandangan lelaki itu perlu menegur tingkah laku isterinya agar lebih menghormati suami."19 tahun bertahan, Alhamdulilah. Tapi jika sayang isteri kena la tegur, beri nasihat yang tidak menggores hati."Bertahan dan bersabar selagi mampu, tapi lama-lama boleh buat suami cari isteri baru," komen netizen.