suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muka tak malu! Aktor didakwa enggan pindah dari kondo dipinjamkan sejak Covid-19, siap ‘rembat‘ jam tangan mewah tuan rumah

Pelakon itu didakwa duduk percuma di rumah tersebut.

PELAKON Filipina, Alden Richards menjadi bualan hangat selepas didakwa enggan mengosongkan sebuah kondominium yang dipinjamkan kepadanya sejak pandemik Covid-19.

Lebih mengejutkan, Richards juga dituduh gagal memulangkan enam utas jam tangan mewah bernilai jutaan peso milik pasangan ahli perniagaan yang meminjamkan kediaman itu kepadanya.

Dakwaan itu dibuat oleh pencipta kandungan, Xian Gaza yang mendedahkan Richards masih menetap di kondominium tersebut walaupun sudah beberapa kali diminta berpindah keluar.

Alden masih tidak memulangkan enam jam mewah yang diambilnya. 

"Sudah bertahun-tahun dia masih tidak mahu berpindah keluar. Tidak mahu memulangkan kondominium itu. Seolah-olah sudah menganggapnya sebagai milik sendiri," dakwa Gaza menerusi Facebook.

Menurut Gaza, Richards juga pernah meminjam lebih 10 jam tangan mewah termasuk jenama Rolex, Patek Philippe dan Hublot untuk digayakan ketika menghadiri acara tertentu.

Bagaimanapun, enam daripada jam tangan berkenaan didakwa masih belum dipulangkan sehingga menimbulkan kebimbangan pemiliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaskia Adya Mecca turun padang padam kebakaran hutan di Kalimantan

ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur tuntut RM600 ribu, bintang Bollywood didakwa hina penduduk dan tinggalkan majlis

Dalam masa sama, Gaza turut mempersoalkan gaya kehidupan mewah Richards dengan mendakwa sebahagian barangan berjenama yang diperagakan aktor itu sebenarnya milik individu lain.

Bagaimanapun, Gaza tidak mendedahkan identiti pasangan ahli perniagaan terbabit atau mengemukakan bukti bagi menyokong tuduhannya.

Artikel Lain